h1

azam berazam

29, January 2009

[dari Kelas Hadis]

Daripada Ibnu Abbas r.a, daripada Rasulullah s.a.w tentang apa yang diriwayatkan daripada Tuhannya, katanya:

“Sesungguhnya Allah s.w.t mencatat kebaikan dan keburukan kemudian Dia menjelaskan; barangsiapa yang bercita-cita untuk melakukan kebaikan, lalu tidak jadi mengamalkannya, maka Allah menulisnya di sisi-Nya sebagai satu kebaikan penuh. Jika dia bercita-cita (untuk melakukan kebaikan), kemudian dia mengamalkannya, maka baginya sepuluh kebaikan dan digandakan sehingga menjadi tujuh ratus kali ganda, bahkan sehingga tidak terhitung. Barangsiapa yang bercita-cita mahu melakukan keburukan, tetapi tidak jadi melakukannya, maka Allah akan menulisnya sebagai satu kebaikan penuh. Jika dia bercita-cita (untuk melakukan keburukan) dan dia melakukannya, maka Allah akan menulis baginya satu keburukan.”

Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dengan lafaz ini di dalam kitab sahih kedua-duanya.

Ulasan hadis.

Azam buat baik ada 3 wajah:=

i.    perlu usaha utk melaksanakan, tetapi jika terhalang, maka dapatlah ganjaran penuh (hasanah kamilah)

ii.  tidak buat apa yg diazamkan kerana buat yg lebih baik, e.g. azam buat amalan sunat, tapi bertemu dengan amalan wajib, maka dapat hasanah untuk amalan wajib itu dan juga amalan sunah yg diazamkan (e.g. azam utk puasa sunat, tetapi ada panggilan walimah (yg wajib pergi)

iii.  azam utk solat tahajudm, tapi tertidur tak sedar2 – dapat ganjaran penuh solat tahajud.

Azam buat keburukan juga 3 wajah.

i.  azam nak mencuri, tapi bila tiba masa nak mencuri, timbul insaf dan sedar, takut pada Allah dan tidak jadi mencuri – dapat hasanah kamilah.

ii. azam nak mencuri, tapi terhalang kerana sesuatu sebab, e.g. ada polis di tempat yg ingin dicuri – tidak dapat ganjaran – tp berdosa.

iii. azam buat keburukan, tapi tidak buat bukan kerana sedar/insaf dan takut pada Allah atau kerana ada apa2 halangan – tiada dapat apa2 balasan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: