h1

Berita ringkas

24, January 2009

Berikut dikabarkan berita2 ringkas

1.    Orang muda perlu lah belajar adab dan sopan santun dalam bermasyarakat, terutamanya jika berada diperantauan. Jika tak paham, bertanyalah kepada otai2 (orang tua2 ataupun orang2 tua). Jangan main redah saja. Terutamanya dalam majlis2 keramaian. Kabarkan lebih awal jika mahu mencelah dalam majlis orang lain. Orang2 melayu tidak seperti orang2 arab, mereka sungguh cepat terasa hati dan mudah tersinggung. Dan jika mahu berkongsi majlis, berkongsi lah juga susah payahnya. Jangan datang cuci tangan sahaja.

2.   Orang2 tua perlu lah banyak bersabar dengan kerenah orang2 muda dalam bermasyarakat, terutamanya diperantauan. Jadilah pemaaf dan berbesar hati lah selalu jika dapat memberi amal jariah. Jika ada orang muda yg tak tahu adab tiba2 mahu menumpang dalam majlis yg kamu usahakan bersendirian, anggaplah itu amal jariah. Muga2 Allah memberi kelapangan hidup dan murah rejeki kamu sepanjang hayat.

3.   Orang2 melayu perlu lebih terbuka dalam mencari ilmu agama. Jangan hanya taksub kepada ajaran2 ustaz di malaya. Cari dan rujuk lah dengan alim ulama. Peganglah yg hak dari sumber2 yg hak. Tinggalkan amalan tradisi, ikut-ikutan dan yg tidak ketahuan asal usulnya. Jika Imam Shafie yg diikuti, benarkah amalan2 seharian itu bersumberkan darinya? Cuba periksa sumber2nya, benarkah ianya dari Imam Shafie. Terutamanya ilmu tauhid. Akidah perlu tepat. Amal tanpa iman yg sah akan sia2. 

4.   Pak Syed tu berada ditengah2. Orang sana kata dia begini, orang belah situ pula kata dia begitu. Walaupun sudah bergelar sarjana dan professor, masih saja sedia bertanya kepada pak2 shaikh jika ada masalah yg memerlukan huraian. Keghairahan belajar dan mengajar masih membakar jiwa. Semuanya utk redhaNya.  Begitu juga khidmat yg mahu disumbangkan utk orang2 Malaya disini.

5.   Mengapa golongan agama perlu bersifat ekstrim ? Tidak kah boleh diambil jalan sederhana ? Apakah agenda disebaliknya ? Mahu popular ? Agama adalah jalan membawa makhluk kepada Khalik, bukannya untuk  digelar hebat dan pandai atau apa2 saja pun. Mengapa perlu menuding jari dan membelasah orang yg tak sama jalan pikiran ? Bukankah agama mengajarkan kasih sayang, bukannya porak peranda cerai berai. Asal berlainan dengan pemikiran golongan kamu, maka diberi cop pada mereka. Mudah sangat menuduh sesat, kafir dan zalim sesama saudara sendiri. 

6.  Sehebat mana pun kamu, jika tiada iman yg sahih dan amalan yg soleh, janganlah bermimpi menunggu dipintu syurga.

7.  Jika mahu melawat kawan2 Arab yg kematian saudaramara,  ziarah lah dalam masa 3 hari. 

8.  Banyak juga amalan2 orang dimalaya yg disangka berkaitan dengan agama, tapi jika dikaji2, mungkin tidak.

 

sekian sahaja. selamat-/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: