h1

Nota dari petisurat

19, January 2009

seorang teman mengirim nota yg diperolehinya dari Facebook.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kalau dulu PM kita pernah berkata bahawa “Melayu mudah lupa…” tapi dengan keadaan dunia sekarang ini sebenarnya “Kita orang islam sudah lupa…” Sedih kita baca dan lihat akan apa yang terjadi kepada umat Islam Palestin di bumi Gaza. Kanak-kanak dibunuh saban hari. Anak kehilangan ibu setiap hari. Ayah meratapi kehilangan keluarga setiap celik mata. Ibu menangis kehilangan tempat bergantung. Kenapa jadi begini, kenapa? Kalau kita fikirkan sebenarnya Yahudi mengambil kesempatan diatas kealpaan kita. Seluruh umat Islam dunia patut bangun membantu rakyat Palestin TETAPI apa yang terjadi…sebaliknya. Umat Islam sejagat membisu dan hanya segelintir yang sanggup bangun menentang Yahudi laknatullah.

Dunia arab tidak bersatu, dunia islam arab mengambil sikap tak apa….inilah yang dimaksudkan “Kita umat Islam sudah lupa..” Lupa akan perjuangan Rasulullah dan para sahabat. Sejarah tertera lebih seribu tahun yahudi dihalau dari bumi arab yakni ketika zaman Khalifah Umar r.a.d. lagi. Tetapi Yahudi kembali ke bumi arab pada tahun 1948 dan sehingga kini merupakan duri yang semakin berbisa dibumi arab. Siapa nak menjadi Umar dan para Sahabat kini untuk mengusir Yahudi dari bumi Arab? Nampaknya meleset sahaja. Selagi kita umat Islam lupa akan perjuangan Nabi dan para Sahabatnya, selagi itulah kita umat Islam akan tidak digeruni oleh kafirun terutama puak-puak Yahudi, musuh utama umat Islam.

Kita perlu kembali kepada yang hakiki. Kita perlu merapatkan hubungan kita dengan Allah swt. Baru kejayaan akan dikecapi. Kita akan dapat hubungan terus dengan Allah dengan cara Nabi s.a.w. Kehendak kita bagaimana seluruh manusia seluruh alam dapat hubungan terus dengan Allah swt.

Dua perkara perlu kita masukkan dalam hati kita iaitu.
a. Kejayaan dalam mentaati perintah Allah
b. Kejayaan itu akan kita dapat apabila kita melaksanakan mengikut cara Nabi s.a.w.

Namrud apabila telah membuat keputusan untuk mencampakkan Nabi Ibrahim dalam ungunan api, Allah perintah api secara langsung menjadi sejuk. Ini berlaku dengan kehendak Allah, dengan kudrat Allah. Kita perlu mengajak seluruh manusia seluruh alam kepada Allah, setiap saat inilah fikir kita, duduk bangun kita perlu kita bawa fikir Allah.

Apabila kita jadikan maksud Nabi maksud hidup kita, kekuatan Allah akan bersama kita. Satu kekuatan datang dari mahluk Allah dan satu lagi kekuatan yang datang terus dari Allah. Kita perlu yakin dengan zat Allah. Kita jangan takut dengan kebatilan, dengan apa kekuatan yang ada pada mereka. Semua usaha batil tidak boleh buat apa-apa. Semua yang berlaku dengan kehendak Allah. Apabila kita buat usaha dengan cara Nabi s.a.w., yakin kita akan bertambah. Kita perlu nafikan selain dari cara Nabi s.a.w. , tidak boleh buat apa-apa. Apabila kita bergerak dan bercakap mengenai perkara ini setiap masa maka Allah akan bersama kita. Inilah kekuatan para sahabat yang mendapat pertolongan Allah secara terus dengan mengikut cara Nabi s.a.w. Kita kini jadi semakin lupa, kita tinggal cara Nabi, kita ikut cara kufar maka yahudi tidak gentar dengan kita umat islam. Mereka melapah kita sewenang-wenangnya. Ayuh, kita kembali kepada Allah. Kita kuatkan yakin kita akan zat-zat Allah. Kita minta pertolongan hanya dari Allah bukan dari mahluk.

Ingatlah Allah bersama kita yakni kepada mereka yang yakin. Hari ni bapa kita, ibu kita, saudara-saudara kita, tidak tahu Allah bersama kita. Kalau Allah bersama kita apa yang kita dapat? Apabila Allah bersama kita kita, seluruh ciptaan Allah kita akan dapat. Hari ni kita tidak tertumpu pada zat Allah. Setiap masa kita perlu minta dan minta kepada Allah. “Wahai Rabb, rahmatilah kami, kasihanilah kami”. Kita perlu lihat contoh seorang polis samada dia seorang yang taqwa atau tidak, samada mengajak kepada Allah atau tidak. Jikalau dia tidak tertumpu kepada Allah, jangan tenguk keburukkannya. Macamana amal orang awam maka begitulah amal pemerintah kita. Allah s.w.t. tenguk hati semua orang. Keputusan sesuatu negara oleh Allah bergantung kepada orang awam samada orang awam ada amalkan agama atau tidak. Macam mana amalan orang awam negara itu, itulah keputusan Allah. Kita juga kena nafikan yang kita tidak boleh buat apa-apa. Semua negara dalam dunia, semua tentera mereka tidak boleh buat apa-apa, tidak boleh memberi keselamatan kepada diri dia dan negaranya. Kita tak boleh buat apa-apa kecuali dengan kudrat Allah. Kita meminta kepada Allah. Yakin kita hanya kepada Allah. Kita perlu balik kepada yang Hak untuk mencapai kejayaan, yakni kepada Allah s.w.t.

Kelemahan kita ialah kita tidak biasa setiap masa minta kepada Allah samada mengenai diri kita atau mengenai manusia seluruh alam.

Waallahua’alam.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: