h1

godam dalam kotak

17, January 2009
cencaru makan malam

cencaru makan malam

setiap detik berlalu, banyak pengajaran yg buleh diperolehi. samada dengan secara formal atau tidak, kehidupan mengajar.

masa menjadi penentu.
di zaman menjentik tikus ini maklumat dan masa menjadi dua dimensi yg sangat penting. maklumat yg tepat pada masanya adalah aset yg sangat berharga. jika tidak kena pada masanya, maklumat yg berharga buleh jadi basi. maklumat bukannya hanya kata2 sahaja, tetapi perlulah disertakan dengan bahan bukti.

bila diberi teguran, seribu macam alasan akan diberi sebagai penafiaan. ya lah, siapa yg hendak mengaku berak ditepi jalan, ya tak ?

begitulah juga yg berlaku dalam keadaan2 ini:= 

1.  semasa membuat pendaftaran secara online kepada acara yg dianjurkan seperti tajuk diatas, maklumat2 dipaparkan didapati untuk tahun 2008. oleh kerana telah menjadi kebiasaan menegur mana2 yg didapati tidak betul, terus sahaja email dihantar kepada yg berkenaan untuk membetulkan perkara itu. tapi sayangnya tiada snapshoot dibuat dan dikepilkan untuk dijadikan sebagai bahan bukti.  sejam kemudian, yg berkenaan menjawap email, “tiada apa2 masalah dengan pendaftaran setelah di cuba”. memang betul pun, bila dibuka kembali page tersebut, maklumat sudah tip-top. tiada lagi bahan bukti.

2.  beberapa hari lepas, bahagian pemasaran dimaklumkan tentang maklumat yg tidak tepat di website syarikat. mereka hanya dimaklumkan dengan email sahaja, juga tiada bahan bukti dikepilkan. mujur sahaja mereka mengakuinya dan berusaha utk membetulkan keadaan. 

yg pertama itu, mungkin sahaja selepas ditegur, mereka terus membetulkan maklumat yg salah. dan bila telah dibetulkan, barulah menjawap seolah2 tiada apa yg salah dipihak mereka. kerana tiada bahan bukti, tiadalah gunanya memanjangkan cerita.

bergantung juga kepada niat menegur. jika menegur supaya keadaan dibaiki, maka selesailah tugas itu bila maklumat telah dibetulkan. tidak payahlah nak bertegang urat utk berbalah.

tetapi, utk yg terlibat dalam pengurusan risiko dan kawalan dalaman, teguran2 perlu direkodkan dan dilaporkan. jadi tiadanya bahan bukti adalah sangat2 melonggarkan isu2 yg dibawa.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

akal budi dlm bermasyarakat

masyarakat melayu sangat mendalam dalam adap sopan dan ketertiban budaya. sungguh berbeza dengan budaya masyarakat arab apatah lagi budaya penduduk Nadj.

3 comments

  1. oleh kerana melayulah maka adakala tidak sampai hati nak menegur…tidak menegur sapa selalu pula….heran…tu tetikus apa brand?


  2. btw cantik ikan cencaru itu….suksessss anda berjaya ikan itu tidak bersepai!!!!


  3. hahaha… tenguk sini.http://www.flickr.com/photos/16433596@N00/sets/72157612696171860



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: