h1

dibulan januari

6, January 2009

minggu pertama di awal tahun. sekolah bermula lagi.

diwaktu begini, perlu banyak sabar dan banyak masa. selalunya ibubapa akan ambil cuti. apatahlagi yg punya anak berderet yg masih sekolah. setiap satunya mahu di tengukkan, lebih2 lagi yg baru mula tahun 1.

memang meletihkan, kesana kesini, antara sekolah rendah, sekolah agama dan sekolah menengah.

begitulah dirumah itu. anak2 semuanya bersekolah dari yg sekecil2 nya di tahun 1 hinggalah si kakak yg mula ke kolej. walaupun abang di tingkatan 4 boleh berjalan kaki dan adik2 sekolah rendah naik bas, tapi hari pertama persekolahan, semuanya perlu dijenguk disekolah masing2 untuk memastikan semuanya selamat terutama sekenit sorang tu.

abang uda yg masuk ke tingkatan 1 bersekolah petang. paginya dia diminta tolong naik bas bersama adiknya ke sekolah agama untuk menunjukkan tempat turun bas dan naik bas kerana emaknya perlu menghantar kak long ke stesen LRT utk ke kolej seawal 6:30 pagi.

bila emaknya pulang, didapati abang uda ada dirumah. rupanya dia tidak naik bas bersama adik seperti yg diminta. bila ditanya kenapa, hanya terkebil2 saja dia.

bila di jenguk ke sekolah agama, alangkah terkejut emaknya, kerana adik yg disangka telah sampai ke sekolah, tidak ada di kelas yg sepatutnya. aduhai…ini lah benda2 yg ingin dielakkan. kemana lah pulak si kenit ni.

di taman itu ada dua sekolah agama. satu di atas bukit dan satu lagi dekat dengan rumah. adik sepatutnya ke sekolah yg dekat dengan rumah. bila ke sekolah di atas bukit, tidak pulak kelihatan adik di mana2.  semakinlah bertambah kerisauan dan bunga2 kesedihan mula mekar dihati….aduhai, kemana pulak si kenit ni..nak nangis dah ni…

bila di tanya abang yg bawa bas, dia menjawap, “macamana nak kenal ? semuanya sama..baju putih, kain hijau dan tudung putih. sama saja semuanya. tak perasan pulak dia turun dimana samada diatas bukit atau yg satu lagi”.

dengan penuh harapan, emaknya pergi lah semula ke sekolah diatas bukit dan masuk ke setiap kelas tahun 1, satu demi satu. nama adik dipanggil di setiap kelas…dan..alangkah gumbira nya dan terharunya, adik di jumpai di dalam salah satu kelas, baik aja duduk diam2 …..aduhai anak aku…

adik pun dibawa kesekolah agama yg sepatutnya.

hari ini, abang uda naik bas bersama adik. dan setelah memastikan adik masuk ke kelas, dia pun pulang berjalan kaki. jauh juga tu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

emaknya :     next year kan bang, make sure awak ada masa start sekolah..cutilah masa tu..

ayahnya :     yer ler… tu hari kan saya kata nak cuti Januari, tapi suroh balik raya haji jugak..

emaknya:     iyo lah…jgn lah kata ‘kan saya dah kata’..sedihlah…. i know..lesson learned.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ayahnya : tina, tau tak nama sekolah agama ?

tina : emmm….entah..

ayahnya : cuba ikut ayah cakap, an-nur… an-nur…cuba cakap.

tina :  an-nur….

ayahnya : ha.a…pandai pun…nanti kata kat abang bas tu, saya nak pergi sekolah an-nur yer…

tina : ok.

3 comments

  1. Mendebarkan dan yang membaca pun terasakan kekalutannya. Huh! Saspen.


  2. YA Allah tulah sebabnya kekanda saya pasti akan ambil coti seminggu untuk anak-anak sekolah…mmg kecoh…dua sekolah agama dan sekular…mmg haru menyedihkan dan juga sangat mengumbirakan…cian kat akak …


  3. alahaii.. siannya Tina dah kena naik bas? ishhh.. saspen je



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: