h1

bas sentul no 248

17, December 2008

hidup di zaman moden ini sangat memerlukan pelbagai kemahiran. perlu tahu menepis, mengipas, merayu, menabur, mengayat, mengerek disamping kemahiran2 lain seperti memasak, mengemas, mengurus, mengarah dan pelbagai lagi.

sungguh ajaib bila di pikirkan manusia yg asalnya lemah, dari setitis air, buleh berupaya punya pelbagai kemahiran dan kepakaran.

untuk menjadi multi-tasker perlukan displin diri yg ketat. walaupun biasanya dikatakan multi-tasker tidak mungkin menjadi pakar, jack of all trades, master of none, namun masih ada yg sungguh cekap menanggani segala urusan. seorang kawan pernah menceritakan perihal bekas rakan pejabat yg tinggal sendirian di Sharjah. bagaimana keadaan dalam rumahnya yang sentiasa kemas dan teratur. semua barang terletak ditempatnya yg betul dan tersusun. rumah bagaikan bilik hotel lima bintang. dan beliau sekarang ini berpangkat pengurus besar disalah satu syarikat penerbangan di malaya. kerjaya dan kehidupannya begitu tersusun.

kebersihan dan ketekenun adalah sifat2 mulia. tetapi kenapa sukar dilihat dalam kehidupan manusia2 yg beragama ? manusia2 yg tidak bertuhan pula yg lebih bersih, cekap dan tekun.  malu sungguh bila melihat R&R disepanjang jalan dari Riyadh ke Mekah/Madinah. nak masuk ketandas pun tak sanggup rasanya. di tanah haram pun begitu juga, sampah sarap dibuang merata2. untung juga tiada kafirun dibenarkan di tanah haram. jika tidak memang memalukan sungguh. bandingkan dengan keadaan di jepun misalnya.

displin diri perlu dibudayakan mulai dari pendidikan rendah lagi. bukankah dari kecil patutnya dimantapkan pendirian mengenai suruhan agama yg berkaitan dengan masyarakat ? untuk beribadat perlu bersih. bagaimana agaknya pendirian orang yang hanya tahu membersihkan diri dengan beristinjak dan berwudhu, tetapi sanggup mencampak sampah merata2 dan tidak mempedulikan kebersihan sekeliling ?

tidak payah lah disebutkan tentang kebersihan hati dan keikhlasan dalam lain2 hal. itu semua urusan dalaman. tapi ada ker orang yg punya hati bersih tetapi suka duduk dalam kekotoran dan keserabutan ? tentu sekuat mungkin akan diusahakan dalam kemampuan dan kawalannya.

dah lah tu..berusahalah utk membersihkan rumah sekangkang kera dan trailblazer yg tak besar mana pun tu (kalau nak dibandingkan dengan yukon denali). malu sungguh bila orang datang ke rumah. orang lain pun bujang juga.

One comment

  1. Kelantan adalah negeri terkotor saya pernah pergi.

    Saja nak bagitau ;p



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: