h1

daun2 kering berguguran

26, November 2008

siapa yg pernah bergelumang dengan pengurusan risiko tentu pernah terserempak dengan risiko2 jadian. maksud den bila proses mengenalpasti risiko2 di sesuatu organisasi di jalankan, samada secara bengkel perbincangan atau sessi temuduga degan para pengurusan atasan, seringkali mereka mengutarakan risiko2 yg terhasil dari sesuatu risiko yg lain. risiko jadian adalah akibat. risiko ini tidak perlu dikawal kerana ia akan terawat dengan sendirinya bila kita merawat risiko yg menjadi puncanya.

contohnya seperti berikut :

– hasil seperti yang ditetapkan dalam pelan perniagaan tahunan tidak dicapai. 

ini adalah risiko jadian kerana ianya adalah akibat dari suatu peristiwa yang lain. kita tidak akan dapat mengawal risiko ini, kerana ianya terjadi kerana sesuatu risiko yang lain.

risiko sebenarnya disini mungkin seperti berikut :

– kurangnya aktiviti penjualan untuk mencapai hasil yg ditetapkan.

– kurangnya sumber2 untukmenambah jualan

– sistem sokongan tidak membantu operasi penjualan

– kakitangan jualan kurang atau tidak mahir dalam bidang jualan

ini lah contoh2 risiko sebenarnya, yang jika dirawat segera maka akan mengurangkan risiko2 tersebut dan akan mencerahkan peluang syarikat untuk mencapai hasil yg ditetapkan dalam pelan perniagaan tahunan.

banyak perkara dalam kehidupan ini yg tersalah diertikan.

keutamaan merawat dan mengatasi masaalah dirosakkan kerana salah melihat sesuatu perkara.

sebab dan akibat tidak difahami.

sebagai contoh, jika daun sesuatu pokok yg patutnya hijau, tiba2 menjadi kekuningan dan terus kering, maka apa yg patut dibuat ? adakah kita mahu mewarnakan daun2 itu dengan cat warna hijau ? atau bagaimana ?

daun yg menjadi kuning adalah akibat atau kesan dari sesuatu masaalah yang lain. punca masaalah perlu dicari. kita tidak buleh terus merawat daun yg kuning untuk menjadi hijau. punca masaalah mungkin diakar pokok, tidak cukup baja atau makanan nutrient agaknya ? atau kekurangan air ?

bila dah tahu punca masaalah, maka rawat lah punca itu, samada diberi baja atau disiram air, maka secara lumrahnya, risiko daun2 menjadi kuning dan kering akan hilang dengan sendirinya.

oleh itu, cari punca masaalah, dan rawat.

jika tidak, masalah akan berulang kembali.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

beberapa hari lepas, seorang raja telah mengutarakan senarai 10 masalah utama di malaya seperti berikut :

1.    Violation of the Constitution.

2.    Erosion of the independence of the four branches of government.

3.    Arrogance of those in power.

4.    Denial of the fundamental rights of the citizens.

5.    Corruption.

6.    Mismanagement of the nation’s coffer.

7.    Unequal representation of the people.

8.    Lack of understanding of the nation’s history.

9.    Distorting of information.

10.  Poor education system.

beliau juga kata, jika 3 masaalah teratas diatasi, maka masalah2 yg lain akan selesai dengan sendirinya.

mungkin juga masaalah2 lain itu adalah kesan dari 3 masalah2 teratas ?

menurut hemat den, ada benda yg dia tertinggal. 

sebagai seorang islam, penyelesaian masaalah berpandu kan ajaran agama. sepatutnya, di tempat teratas bernombor sifar ialah tiadanya cahaya iman didalam hati/rosaknya iman orang islam. inilah punca masaalah. bila ini diatasi, masalah2 integriti akan terurai dengan sendirinya.

lihat sahaja insan2 mulia di awal islam serta para pendokong iman disepanjang zaman. dengan cahaya iman, lahirlah akhlak mulia yg ikhlas dari hati nurani, tanpa kepura-puraan. terserlah kepimpinan, kebijaksanaan, kehebatan dan pelbagai sifat2 mulia sanjungan manusia dan yg menjadi asas keperluan pembangunan negara dan masyarakat. kerana iman, tiada penyelewengan, korupsi dan pelbagai kebobrokan lagi. tidak kira siapa dia, pemerintah kah, peniaga kah, pekerja kah atau para penyapu jalan. semuanya akan usaha untuk melaksanakan tugas masing2 dengan suluhan cahaya iman.

tanpa iman, maka hancur lah semua nya. hawa nafsu shahwat menjadi pedoman. serakah pada dunia yg tidak pernah ada penghujungnya. hingga sanggup gunakan agama untuk mendapat laba dunia. orang tua2 kata seperti orang menyapu mukanya dengan kasut. mungkin muka dan pipi akan bersih, tapi sungguh itu perbuatan yg sangat bodoh !

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

walau apapun, seperti yg selalu diingatkan dalam pengurusan risiko, semua tindakan rawatan hanyalah usaha kita dalam mengurangkan kesan2 risiko yg akan terjadi. tiada jaminan untuk terhapusnya semua risiko2. risiko tetap akan wujud.

selagi ada urusan perniagaan, selagi itu ada risiko perniagaan. no risk no gain. jika tidak mahu menghadapi risiko perniagaan, tutup kedai.

selagi ada manusia dan masyarakat, selagi tu lah ada risiko dan masaalah.

mana ada rangkaian komputer yg terlepas dari serangan virus, spam atau hackers ? orang kata,  “the safest network is no network

~ selamat /

3 comments

  1. Ini yang Allahyarham Ustaz Fadzil Noor mahukan.

    In reference to :

    “sebagai seorang islam, penyelesaian masaalah berpandu kan ajaran agama. sepatutnya, di tempat teratas bernombor sifar ialah tiadanya cahaya iman didalam hati/rosaknya iman orang islam. inilah punca masaalah. bila ini diatasi, masalah2 integriti akan terurai dengan sendirinya.”

    Indeed it’s true ~ the safest network is no network.

    Tapi Mem Luyah tak bleh hidup lah tak de network. Dah la hidup penyegan nak campur masyarakat.

    Cemano Jang eh?!


  2. masuk dalam network buleh saja…asal tahu seni mempertahankan diri… 🙂

    maksudnya tu…memang kita tak boleh lari dari risiko..ada dimana2 saja…. cuma kena belajar cara mengendalikannya…supaya kesannya kurang atau tiada lansung !


  3. Unskillful. Very unskillful.😦



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: