h1

Lurus bendul

8, November 2008

“Dia tu baik sangat”

Begitu lah komen seorang bekas big boss bila mengetahui dia meninggalkan syarikat dengan begitu saja. Tanpa dapat apa2 imbuhan, tanpa apa2 balasan. 15 tahun bukanlah masa yang singkat. Bukan boss saja yang kata begitu, kebanyakan rakan2 sekerja juga beri komen yang sama.

Alaaa…peraturan buatan manusia, kalau perlu kita bengkuk kan lah. Mungkin itu lah bisikan2 mereka. Mengapa perlu sangat mengikut peraturan ?  

Entah mengapa tidak terpikir pula dia untuk mencari jalan lain bagi melencung dari peraturan yg ditetapkan.

“Kita ni di bahagian kawalan dalaman, nanti apa pula orang kata bila kita tidak ikut peraturan syarikat ?” Itulah kata2 keramat dari pengurus bila menolak permohonannya untuk dipertimbangkan sebagai salah seorang calun VSS.

Dan bagai terpukau, dia hanya menerima keputusan pengurus yg bagai tak punya hati perut. Kenapa bila kena pada dia, semua peraturan perlu di ikut ? 

Atau kah sudah di takdirkan begitu ? Kerana dia lurus bendul, hanya mengikut peraturan selurus-lurusnya maka tiadalah mendapat apa yg dihajati.

Selepas dua tahun berlalu, bila seorang teman menyampaikan komen bekas boss tersebut pada dia, segala kejadian yang lepas bermain difikiran bagai rekod lama yg menayangkan betapa lurus bendulnya dia.

Segala peristiwa sejak mula dia bekerja disyarikat itu terbayang2 dimata. Kerja ikut waktu, jika datang lewat, balik pun lewat. Kesetiaan hanya pada syarikat. Syarikat diutamakan, apa sahaja arahan boss di ikuti, walau terpaksa berpisah dengan keluarga, demi urusan kerja. Semuanya ikut aturan.

Arghh..terdetik di hati, mungkin itulah hakikatnya. Dia sebenarnya lurus bendul ! Tidak pandai hendak menggunakan kesempatan untuk kebaikan diri sendiri. Tidak pandai nak konar2 pun.

Tiba2 dia menjadi seperti orang bodoh dan terlalu merasa rendah diri. Mengapakah aku menjadi begini ? Hanya menurut kata2 orang lain sahaja ? Mengapa ?

Perlukah dia melawan kata2 boss ? Atau perlukah dia membuat perubahan drastik seperti membuat sesuatu yang luar dari jangkaan orang ?

Atau agaknya dia perlu  jadi jahat supaya tidak lagi digelar sebagai lurus bendul.

Sungguh dilema melayu berpanjangan yang bermain2 difikiran nya sehari2 itu.

Tapi adakah dilema atau hanya kesal kerana tidak mendapat peluang mendapat imbuhan VSS yg beribu2 ringgit itu.

Kesal kerana hilangnya harta memang cepat terasa. Kesal hilangnya peluang membuat amal memang lansung tidak terdetik barang sepicing pun di hati.

Alangkah kesian nya dia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: