h1

hidup ini singkat dan jenggut sudah putih.

6, November 2008

[sedikit nota untuk diri yg berdiri sendiri]

jika di tenung masa lalu, selalu kita merasa betapa pantasnya masa berlalu.

bukankah baru semalam bermain guli di halaman rumah ? kadang2  guli kecik dan kadang2 guli yg besar. kelmarin bukan main getah ker ? main tembak atas palang dengan ibu simpul2 mcm ulat bulu..ehh.. bukan main terup ker ? susun dalam kotak dan baling dengan selipar atau main pakau aje. atau musim kotak rokok ker ? nilai kotak lain2, ada yg mahal ada yg murah. atau musim perang2 guna senapang dengan peluru buah ceri ? perang dengan kampung sebelah atau sesama kawan sekampung aje. atau main galah panjang, main roundes, main polis-sentry, main konda kondi selain bola dan badminton.

semuanya seperti baru semalam dan tahu2 sudah beranak pinak, berkeluarga sendiri dan rambut2 dibadan sudah putih !

hari demi hari, semakin berkurang umur rupanya. sedikit demi sedikit anugerah di ambil kembali. kaki yg gagah berjalan kesana sini, tidak kuat lagi bila banyak bergerak. mata mula kabur. gigi juga berterabur. sakit badan disana sini.

ramai yg merayakan hari ulang tahun. entah apa sebenarnya yg ada pada merayakan atau memperingati ulang tahun kelahiran. meraikan bertambah tua nya kita ?

mungkin bagus juga kalau di ucapkan “selamat kurang umur” gitu… barulah kita tersedar yg kita tidak punya banyak waktu di dunia ini…segala impian dan harapan yg setinggi gunong akan hancur berderai bila tiba nya waktu itu. setelah detik2 terakhir yg tiba entah bila, segalanya hilang melayang..tiada lagi apa2..

oleh itu, impian dan harapan yg baik, apalagi yg membawa diri pada redha Ilahi dan bekalan2 untuk hari esuk perlulah dilaksanakan secepat mungkin. jangan di tangguh2kan lagi.

nak baca quran, nak zikir pagi petang, nak puasa isnin khamis, nak solat2 sunat, nak bayar zakat, nak beri sedekah, nak bersilaturrahmi dengan sanak saudara, nak khidmat pada ibubapa dan pelbagai lagi kehendak2. mula kan lah walau sedikit… muga sempat tertunai sebelum terlambat.

bagi impian2 mengarut dan bagai tak sedar diri tu baiklah di tangguhkan sehingga yg di atas sudah selesai.

walaupun begitu, berdoalah agar panjang umur dan murah rejeki..muga dalam ketaatan selalu !

4 comments

  1. Salam bro, jauh kali ini melayang melayan kenangan. Mengutip kenangan dan menulisnya di sini adakalanya sangat sukar namun adakalanya pula ilham mengalir seperti air jeram yang laju.

    Namun manusia, selain harta yg bertimbun dan anak isteri yg cantik dan berjaya, kenangan juga adalah harta tidak ternilai yg kita ada.

    kenangan boleh sahaja merupakan sebuah lebuhraya yg kita lalui dulu buat menyusur hidup masa kini. kenangan adalah kitab tua yang berabuk tetapi penuh dgn ilmu2 yg kita pun barangkali tidak menyedarinya.

    Begitulah bro.


  2. salam bro…

    terima kasih atas ingatan ttg kitab yg selalu dilupakan.//


  3. 🙂


  4. Dah lama tak main congkak😦



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: