h1

sungai untut mengalir lesu

18, October 2008

Arus pembangunan terus berjalan dengan pesat. Di padang pasir ini, setiap hari kelihatan bangunan baru dibina. Ar Riyadh makin rancak dan semakin berkembang. Tanah2 keras kering kontang bertukar menjadi hutan2 batu. Ikut bercambah ialah, gudang2 perniagaan yg muncul bak cendawan tumbuh selepas hujan. bagi yg hobinya membelibelah, disini lah syurga nya. cakaplah apa saja, peratusan untuk mendapatkan nya sangat tinggi. Hanya perlu kaki yg kuat dan kesabaran yg tinggi untuk mengharungi berpuluh2 kalau tidak pun beratus2 pusat membelibelah.

Dipagi sabtu ini, sang suria muncul suram. Kabut menyelubungi pemandangan di lebuhraya. suhu pun tidak sepanas hari2 dulu.

Masuk saja ke jalan Mekah/NRR, kelihatan kereta berjalan perlahan dan dihadapan bersusun kereta, zammah jiddan ! Mungkin ada kemalangan diwaktu2 jerebu begini apatah lagi semuanya memecut paling kurang 120 km/jam.

Keputusan di buat utk terus masuk ke jalan Al– Orouba bagi mengelak zammah, cuma kena beratur di isyarah lah pulak dan bersabar saja dengan aksi pemandu2 arab yg datang dari kiri, kanan depan dan belakang untuk mencelah. Cuma dari atas saja tak de kereta yg datang.

Semuanya seperti tiada kesabaran umpama membawa pesakit tenat kronik yg dah nazak. Bayangkan dia mahu ke kiri, tetapi berada di barisan paling kanan (kerana kurang kereta di situ), dan di tengah lampu isyarat terus menghimpit ke kiri.

Menyumpah seranah lah sebanyak mana pun atau sebinggit mana pun hon di bunyikan, semuanya bagai makanan harian mereka.  Itu lah yg makin menyesakkan di pagi hari dan di masa2 puncak. Mungkin mereka yg sangat2 perlu terkejar kesana kesini seperti dia saja yg perlu menggunakan jalanraya di haramkan menaiki kereta dan di suruh naik unta atau kuda agar bebas masuk selit menyelit ke kiri ke ke kanan, melintang menegak tergolek terlentang. lantak lah. 

Tapi kalau tiba masa begitu, kereta2 juga sudah kurang jualannya, mungkin kena cari kerja lain lah pula kita ni pun..or balik kampung saja lah ya…

Sementara itu marilah menjaring matahari …

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: