h1

menyusur lebuhraya kehidupan

13, October 2008

Sepanjang Jalan Ke Pulau Pinang

(Zurinah Hassan)

Sepanjang jalan ke Pulau Pinang
Laut mengimbau sayu
Ombak ombak ini hatiku
Berhasrat tiada sepi

Sepanjang jalan ke Pulau Pinang
Hujan memberi lagu
Angin menampar
Setiap ruang angkasa
Berhiba awan pilu

Aku antara insan beribu
Airmataku antara laut lepas
Laguku hilang di angin menderu
Pecah di pantai terhempas

Sepanjang jalan ke Pulau Pinang
Hatiku terjun ke air
Mencari tempat tempat bagiku
Aku seorang pelarian

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

kesempatan bersama ayah dalam perjalanan ke pulau pinang melalui lebuhraya plus, mengimbau kembali erti kekeluargaan dan menyusur susur galur keluarga.

dikala aku memandu kereta di lebuhraya plus, ayah membawaku melalui lebuhraya kehidupannya. diselak kembali susurgalur dari atok-atok dan opah-opah, membuka lembaran sejarah keluarga sehelai demi sehelai. apatah lagi bila jalan yg dilalui ke pulau pinang melalui tempat2 yg pernah hadir dalam hidup ayah.

walaupun dalam keluarga, aku antara yg agak berminat dengan salasilah dan selalu bertanyakan asal-usul keluarga, malah yg agak rajin juga mencari saudara mara di segenap cerok rantau, entah bagaimana buleh terlepas pandang beberapa fakta. bila ayah membuka kembali cerita, barulah aku tahu yg  keluarga kami bukan hanya berasal dari batubara tapi juga ada darah banjar dan bugis.

mungkin ayah dah tak berapa larat nak memandu jauh2, tetapi amat bertenaga bila mula bercerita tentang keluarga  dan aku bagaikan tidak jemu2 mendengar sebagaimana ayah tidak jemu2 bercerita.

2 comments

  1. ya bro, saat yg begitu baik untuk bercerita kerana di seat depan hanya berdua. Dulu ketika kami melalui jalan Bahau ke Gemas, kami melalui hutan kecil di mana tempat bapaku menyerang hendap komunis, banyaklah komunis terbunuh dan barulah aku tahu betapa perwiranya bapaku.

    ketika memandu adalah saat yang begitu baik untuk bercerita berbanding di depan TV. Selami mereka bro kerana mereka adalah lubuk yang penuh dengan berbagai pengalaman hidup, kenangan, ilmu ilmu yg tersimpan dan tali tali yg menyambungkan kita kepada sala-silah ( ketika mereka masih boleh bercerita dan tangan mereka masih hangat ketika kita ciumi).


  2. terima kasih bro lope…

    muga dipertemuan akan datang ada lagi kesempatan utk menghabiskan masa bersama ayah atau bersafar bersama lagi…



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: