h1

di bawa angin lalu..

24, September 2008

pernah menguap bersama2 ? bila kita menguap, ternampak orang sebelah pun menguap ? atau memikirkan perkara yg sama ? bila kita bercakap tentang sesuatu, lawan bercakap pun terpkir benda yg sama juga.. hingga ada yg kata, “Great minds think alike !”. atau bila kita dengar berita kematian, kemudiannya akan ada lagi satu lagi berita kematian ? fenomena apakah itu agaknya ?

begitu lah juga berita orang bercerai… baru membaca cerita sedih orang bercerai, dapat pula berita kawan lama yg baru saja bercerai…  kenapa dan mengapa, tidak lah pula diberitahu dan kita pun tidak lah mahu mengesa2 orang bercerita jika dia keberatan. dia yg selalu ceria dan kelihatan gumbira dengan keluarga ditakdirkan begitu pula. ye lah, cerita keluarga apatah lagi hubungan suami isteri tidak ramai yg mahu menceritakannya, apatah lagi konflik2 yg memalukan diri sendiri.

memang susah hendak dipikirkan mengapa setelah sekian lama bersama, hati buleh beralih arah. hanya orang yg mengalaminya sahaja yg mengetahuinya.

perkahwinan memerlukan banyak pengorbanan. setiap keputusan bukan buleh dibuat dalam tergesa2 atau mengikut nafsu amarah dan emosi. jika ikhlas dan benar2 mahu melihat perkahwinan kekal, tentulah segala pertelingkahan akan diselesaikan dengan perbincangan dan hati yg terbuka. dalam keadaan marah selalunya dorongan untuk mengatakan perkara yg mengarut sangatlah tinggi. suami akan cepat mahu melafaskan cerai dan isteri akan cepat meminta untuk diceraikan.

jika tidak buleh diselesaikan antara suami isteri, gunakan lah orang tengah yg buleh dipercayai untuk usaha mendamaikan. 

kedua2 suami isteri patut berusaha bukannya hanya disebelah pihak sahaja. tetapi jika ada agenda tersembunyi, seperti suami yg dah ada calun baru atau isteri yg dah jatuh cinta dengan orang lain, memang lah tak perlu nak dicakapkan lagi. apa usaha pun tak kan menjadi.

kesianlah pada anak2.

dan kalau dah terpaksa bercerai juga, para suami tu, jadilah seorang LELAKI SEJATI, nafkah anak2 tu jangan dilupakan. kalau tidak sama taraf lah  kamu dengan ABROK, BAPOK, KEDI dan yg sewaktu dengan nya. buang saja anu kamu ke sungai batang lupar, berik makan dengan bujang senang dan anak cucunya.

khalas !

6 comments

  1. ujian jugak tu kan? iskk..

    macam do’a hambamaya; “semoga kita dijauhkan segala ujian yg kita tak mampu nak tanggung.. ” aminnnnnnn


  2. yer….memang ujian besar tu….

    semuga allah menguji mengikut tahap kekuatan kita.

    aminnnnnnnnnnn


  3. bro, saya masih memerhati cendol di bawah tu…:))


  4. yg itu pun ujian bro…


  5. Hidup bagai satu momokan yang mengerikan…

    Beralih arah dan mencari kesilapan si isteri hanya untuk mencari hiburan terkini…

    Mengaharap belaian kasih dari orang luar..kerana merasa si suami tidak perduli…

    Memang sinis ungkapan bro musafir…tapi den suka dan mengiyakan tanda setuju…itulah kenyataannya…

    Apa nak jadi dengan manusia…hewan bahkan gelak dan ketawa…


  6. Kak Gee… si suami tidak ambil peduli atau pura-pura tak reti nak peduli… owwhhhh… kena cakap lah. Buat apa nak mengharap padi seberang?

    Syukur Alhamdulillah, yang saorang itu teramat ambil peduli orangnya. Dah pandai nampaknya.



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: