h1

Cendoi satu !

23, September 2008

Aiseh… dah tak boleh makan cendol ker macam ni ? Dah ada Geng Cendol buat hal pulak. Nak buat jahat pun jangan lah guna nama cendol…sensitip tu…

Cendol dengan pulut sedap juga yer.

Apalagi pulut bakar dibungkus dengan daun pisang macam stall kat Jalan Perhentian depan workshop keretapi Sentul. Alaa…Jalan Perhentian yg bersambung dengan Jalan Hj Salleh tu. Tapi mungkin stall tu pun dah tak ada agaknya. Sentul pun dah berubah sangat. 

Kalau dibulan puasa, bila tiba waktu berbuka, akan kedengaran siren dari workshop keretapi. Kuat betul hingga boleh didengar sampai ke Kg Chubadak.  Selain dari tinggal di quaters keretapi yg banyak di Sentul tu, ramai juga pekerja workshop keretapi yg tinggal di Kg Chubadak,  Kg Chubadak Tambahan dan Kg Chubadak Dalam.  

Bersebelahan Kg Chubadak ialah Kg Puah dan Kg Puah Seberang. Di Kg Puah Seberanglah orang2 yg telah pergi dahulu disimpan. Sebelum ada jambatan batu, ada jambatan kayu. Pernah sekali jenazah diusong merentas sungai kerana jambatan kayu telah rosak agak teruk.

Sentul akan terus berubah. Bukan stinggarden saja yg akan dihapuskan, malah dengar kabar kampung2 melayu seperti Kg Chubadak dan Kg Puah juga nampaknya akan hanya tinggal sejarah ditelan perubahan zaman.

[gambar dari sini ]

3 comments

  1. napa ek dia pakai nama cendol?


  2. Moralnya jangan pi cc malam-malam.


  3. tu la ekk…apa pasal dia guna nama cendol ? nak kena siasat nih..

    yer ekk… orang malam2 bulan ramadan pulak tu… kan ke baik buat qiamulail ker ekk.. pesal lah pi cc…ada projek besar kot..



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: