h1

Saya Anak Malaysia

15, September 2008

Satu hari yg syahdu, sedang den menunggang kapcai 7 series di fly-over antara Jalan Ipoh dan Jalan Tun Razak, terlihat sebuah kereta sedang berhenti di atas fly-over itu.

Bila den dah dekat, kelihatan pemandunya sedang keluar melihat2 tayar kereta. Rupanya salah satu tayar sebelah belakang sudah pancit. Sebagai orang biasa, den berhenti untuk membantu.

Al kisahnya pemandu itu ialah bro Salim aka dR Sam. Ketika itu beliau sedang hangat dengan reggaenya bersama Musafir dan tentunya lagu kisah hidupnya yg telah dipatriotik-kan ‘Saya Anak Malaysia‘.

Den menawarkan diri untuk menukarkan tayarnya, sambil Sam memerhati. Setelah tayar selesai ditukar, Sam ambil sesuatu dari bonet kereta. Den ingatkan apo lah, rupanya dia bagi t-shirt Saya Anak Malaysia dengan lukisan Sam reggea sedang berlari di depannya. Den yg tak banyak cakap dari mula, hanya kata terima kasih. Bukanlah mengharapkan apa2, tapi orang dah bagi, terima kasih aja lah. Sam yg rendah diri memang senang di dekati. Setelah beberapa lama selepas itu, bila terjumpa Sam dimasjid2, dia selalu terangkan maksud dR SAM tu sebagai Dua Rakaat Selesai All Masalah. Dalam maksudnya tu, berkaitan iman/yakin dan amal.

Ada beberapa bait2 lirik Saya Anak Malaysia tu yg tempias kisah hidup den dan memang pun den dilahirkan ditahun Malaysia di asaskan, agak2 sebulan dua gitu. Jadi sahlah den ni anak Malaysia, sah wa la la’ ?

Sehari dua ini, keadaan politik Malaysia yg kucintai semakin bercelaru. Sehari dua ini, semingu dua ini dan sebulan dua ini, pelbagai perkara buleh terjadi.

Semuga selamatlah Malaysiaku dari mara bahaya dan kecelaruan serta ketidakstabilan.

Semuga Malaysiaku bebas dari korupsi, kebobrokan serta tangan2 penguasa yg hanya ingin memenuhkan kantung dan tembolok masing2.

Semuga Malaysiaku terus aman damai dengan rakyat berkasih sayang sesama sendiri serta bantu-membantu kepada kebaikan.

Selamatlah Malaysiaku !

[menjelang 16 September]

4 comments

  1. semoga org2 Melayu beragama Islam yg marhain selamat ameeennnn..


  2. Salam bro, tenang sungguh gambar di atas, hutan dan pohon pohon di kampung pendalaman, boleh aku tahu bro, kat mana gambar tu?


  3. lope,

    gambar tu pemandangan disekitar Colmar Village Bukit Tinggi. memang indah dan tenang di pendalaman, jauh dari hirok pikok hutan batu dan lebih menenangkan dari kuning kering debu padang pasir.


  4. Rindu pokoks!!

    Bau rumputs!!

    Bau hujans!!

    On your entry:- Selamatlah Malaysiaku… Selamatlah Melayu… ihiks.



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: