h1

Lain padang lain belalang

12, September 2008

Jumaat

Jumaat merupakan hari perjumpaan kami malaysie yg tinggal di bangunan yg sama. Setelah seminggu sibuk dengan kerja masing2, hari Jumaat kami bertemu utk sama2 ke masjid. Kami biasanya ke masjid yg satu ini, sedikit jauh jika berjalan kaki, tapi cuma 5 minit dengan kenderaan. Di masjid ini, kebiasaanya setiap jam 11:45 pagi imam akan tiba dan terus ke mimbar dan memberi salam. Kemudian muazin akan berazan. Khatib baca kutbah sehingga jam 12:00 dan solat dimulakan. Lebih kurang Jam 12:15 pm, selesai. Begitulah sepanjang tahun. 

 

Igal

Igal

 

 

Di masjid, kebanyakkan orang tempatan memakai jubah tobe dengan syimagh(merah) atau ghutra(putih) dan igal. Imam dan orang alim, kebanyakkan nya tidak memakai igal. Imam juga ada jubah lain yg di pakai berwarna coklat. Siapa yg rajin menonton solat terawih dari Masjidil Haram setiap malam di RTM1 tentu akan paham bagaimana pakaian imam yg dimaksudkan itu.

Boleh di katakan kita akan melihat warna putih dan merah sahaja di masjid. Hanya orang2 Ajam atau Arab non-sauid yg memakai pakaian lain.

Solat terawih

Solat terawih di kebanyakkan masjid di buat 8 rakaat diikuti dengan 3 rakaat witir. Tiada bacaan2 atau doa diantara 2 rekaat seperti di masjid2 kita. Di rakaat terakhir witir akan di baca doa Qunut setiap hari tidak seperti di Malaya yg membaca hanya selepas hari ke 15 Ramadhan. Juga tidak seperti kita, doa Qunut dibaca sangat panjang, malah ada yg kata hingga 10 minit. Orang melayu kata, mereka ni baca doa Qunut panjang kerana untuk cover sebab mereka tidak membaca doa Qunut semasa waktu suboh. Jenaka mungkin.

Bila keluar negara, antara persediaan yg perlu ialah untuk memahami dan menerima amalan2 yg lain dari biasa kita amalkan. janganlah pula mengikut membuta tuli. Belajarlah, muga amalan yang dibuat ada asasnya dari Quran/Hadis atau fatwa ulama dan bukannya hanya ikut-ikutan semata2.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: