h1

Ka ki ku ker ke ko

6, September 2008

 

Buat baik berpada-pada

Kata org tua

Buat jahat jangan sekali

Engkau takkan rugi

 

Mulia dibalas syurga

Dosa ‘kan sensgara

Ini hukum karma

 

Bila berdepan dengan kenakalan anak2, segala kenakalan sendiri semasa kecil akan kembali mengimbau. Mungkinkah kerna hukum karma, segala yg kita buat akan berulang kena pada kita ?

Kanak2 dan kenakalan merupakan pasangan kembar siam.  Memang menduga kesabaran betul anak2 ini, bila kata2 kita bagai tidak diindahkan. Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. 

Namun sudah tugasnya kita mendidik anak2, perlu di tegur lagi dan lagi. Sepatutnya tiada istilah keciwa dan putus asa. 

Kalau perlu dirotan atau di hukum, rotan lah, hukumlah. Asal jangan patah tulang atau lebam sana lebam sini. Semuga mereka mengerti apa yg salah dan tidak patut dilakukan. Insyaallah, selagi ada usaha memberi didikan tanpa rasa jemu dengan penuh kasih sayang dan penuh pengharapan yg mereka akan berubah, lambat laun mereka akan sedar jua apa yg baik untuk mereka. 

Memang pelbagai dugaan dibulan Ramadan ini. Semuga kesabaran pun bertambah dalam menghadapi semua dugaan.

Jika kerenah orang pun kita disuruh banyakkan bersabar, apatah lagi dengan kerenah anak sendiri, yer tak ?

2 comments

  1. kenakalan bertahap-tahap adakala mok akan gelak gelihati tengok kerenah anak-anak…adakala akan di jengilkan mata dan meninggikan suara…pernah juga menepok montot dan peha untuk mengajar…selanjutnya keletah anak-anak ini…memang melucukan selalu…


  2. Bro, salam ramadan, dimana sekarang bro, di tanah air atau di tanah orang?.

    aku baik baik bro, harap begitu juga kamu, lama tak mendengarkan engkau mendendangkan lagu Ebiet, petikkan gitar yang seulas seulas.

    Bulan berganti, tahun bertukar, demikian perjalanan kita semakin jauh dan masa yang tinggal semakin pendek, kita tetap berjalan, demikian selain kehendak dunia yang sangat banyak atau semakin banyak, kita semakin berdepan dengan satu titik, iaitu titik noktah.

    Titik noktah hanyalah satu dot yang kecil tetapi disitu terletaknya satu pertukaran maha hebat dan penuh misteri kepada kehidupan kita bilamana segala harta dan kehendak dunia terhenti dan yang mengambil alih segala peranan ketika itu hanyalah iman.

    Station seterusnya hanyalah iman yang memandu. Dan Allah akan memperlihatkan segala janji janji-Nya.

    Sorry Bro, taklim ringkas tengahari.



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: