h1

menanti Ramadhan Kareem

30, August 2008

[catatan sementara menanti pengistiharaan tarikh bermulanya Ramadhan.]

hari ni adalah hari melihat anak bulan baru…bulan Ramadhan yg ditunggu2..

buat kekasih2 yg sentiasa merindu, inilah kesempatan yg tidak patut dipersia2kan. melimpah ruah rahmat menunggu untuk sesiapa yg mahu.

berganda2 pahala untuk setiap amalan. inilah masa menunjukkan kecintaan. banyaknya pahala diberi menunjukkan betapa dicintai bulan ini oleh Maha Pencipta. setiap amalan sunat diganjarkan dengan pahala amalan fardu, dan setiap amalan fardhu digandakan sebanyak 70 kali ganda.

Kitab Fadhail Amal yg telah lama tidak dijenguk mengingatkan kelebihan Ramadhan yg mulia dalam satu hadis Nabi saw. Bacalah keterangan hadisnya di sana.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hazrat Salman R.A berkata bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda kepada kami pada hari terakhir dari bulan Sya’aban :

“Wahai manusia! telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi berkat. Satu bulan yang terdapat di dalamnya satu malam (Lailatul-Qadar) Yang lebih baik dari seribu bulan. Satu bulan yang Allah S.W.T telah menjadikan puasa pada siang harinya sebagai satu amalan fardhu dan berdiri pada malamnya(bertarawikh) sebagai satu amalan sunnat. Sesiapa yang cuba menghampiri Allah padanya dengan mana-mana amalan sunat maka seumpama seorang yang telah menunaikan satu fardhu pada bulan-bulan yang lain dan sesiapa yang menunaikan satu fardhu didalamnya adalah seumpama seseorang yang menunaikan 70 fardhu pada bulan-bulan yang lain”

Ia adalah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran adalah syurga. Ia adalah bulan simpati. Ianya bulan yang ditambahkan rezeki kepada orang-orang yang beriman. Sesiapa yang memberi seseorang yang berpuasa untuk berbuka, maka ia merupakan pengampunan untuk dosa-dosanya dan kelepasan diri dari neraka dan dia mendapat ganjaran puasa orang tersebut tanpa mengurangkan sedikit pun dari ganjarannya. Sahabat-sahabat r.a. lalu berkata “Tidaklah setiap daripada kami mempunyai sesuatu untuk diberi kepada orang yang berpuasa untuk berbuka”, Maka Rasulullah S.A.W bersabda “Allah S.W.T memberi pahala itu kepada sesiapa yang memberikan walaupun sebiji tamar atau seteguk air ataupun sesisip susu kepada orang yang berpuasa untuk berbuka”

Ia adalah satu bulan yang pada bahagian awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya kelepasan dari api neraka. Sesiapa yang meringankan beban hamba-hambanya(Pekerjaan-pekerjaannya) pada bulanitu maka dia akan diampunkan oleh Allah S.W.T dan akan dilepaskan dari azab api neraka.

Perbanyakkan lah pada bulan itu empat perkara. Kamu meredhakan Tuhan kamu dengan dua perkara dan dua perkataan lagi yang tidak boleh tidak kamu memerlukannya. Ada pun dua perkara yang kamu dapat meredhakan Tuhan kamu dengannya adalah penyaksian bahawa tiada Tuhan selain dari Allah S.W.T. dan kamu memohon istighfar daripadaNya. Sementara dua perkara yang tidak boleh tidak kamu perlukannya ialah memohon syurga dari Allah dan meminta perlindungan dari api neraka.

Sesiapayang memberi minum kepada mana-mana orang yang berpuasa maka Allah S.W.T akan memberinya minum dari telagaku(Pada hari kiamat), dengan sekali minum, dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk ke dalam syurga.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ohh…sudah di umumkan melalui berita di Saudi-2, kerana anak bulan tidak kelihatan, maka bulan Sya’ban dicukupkan kepada 30 hari dan 1 Ramadhan 1429 jatuhnya pada hari Isnin 1 September 2008.

Ramadhan Kareem sahabat dan taulan, dimana jua anda berada ! 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Rujukan menarik: Batalkah puasa anda ? 

3 comments

  1. Laaaaaa… ayat akhir tu… dimana jua anda berada… now this is even greater minds. Now tell me… what am I thinking??!

    Selamat berpuasa.


  2. hahahaha mem…selamat menyambut bulan puasa yang penuh kemuliaan ini…

    btw mem thinking nak balik tu…mem dah homesick kot…Ya musafirun memang dah lama homesick tu…3 benua menyembah salam selamat berpuasa…


  3. hi mem,

    i takdpt cari email add u di sini. can u give me ur email add so i can give u the recipe for cendol tu. INsyaalah nanti i email. tq.



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: