h1

Souq As Samak (Pasau ikan)

15, August 2008

Pagi minggu adalah masa untuk kepasar.

Ada banyak pasar ikan di sini. Tapi sebab tak berapa nak tahu jalannya kerana tersangatlah rajin berjalan2 disekitar bandar ni, maka hanya satu pasar saja yg asyik diulangi. Kalau ikut King Fadh Road dari AlMamlaka (Kingdom Tower), keluar di exit Hyper Panda dan ikut service-road. Selepas Hyper Panda, ambil kanan  melalui Saudi Airlines di belah kanan sehingga isyarah. Jalan terus selepas isyarah sehinggalah jumpa isyarah satu lagi.  Ambil kanan sehingga nampak simpang ke kiri. Masuk kiri dan pasar ikan tu disebelah kiri.

Ikan2 yg di jual tak berapa bezanya di pasar2 kita. Ada ikan kembong, tongkol, kerisi, merah, kerapu, tenggiri dan juga ikan2 pelek spt Parrot fish.

Ketam, udang dan sotong pun ada.

Belian hari ni :

Kembong 1 kilo   = 10 riyal.
Kerisi  1 kilo   = 8 riyal
Sotong 1/2 kilo  = 8 riyal
Udang 1/2 kilo   = 14 riyal

Dipasar tu pun ada tempat menyiang. Sekilo ikan dicaj 2 riyal. Kalau ikan kecil, ada sikit mahal lah. Sambil menunggu ikan disiang, sambil2 perati lah sadiq2 benggali dan nepali menyiang.
 
Agaknya mungkin kerana permintaan pelanggan terutama Pak Arab, jika menyiang sotong tu, habis dibuangnya kepala janggut sotong dan tinggal putih aja. Kalau ikan besar pulak, biasanya hanya isi ikan akan di ambil. Kepala nya di simpan dan dijual pada sesiapa yg mahu. Extra pulus lah utk penyiang2 ikan tu.

Kalau sebelum ni selalu tenguk2 saja orang Indonesia atau Pinoy beli kepala ikan, teringin pula nak beli satu kepala hari ni. Bila ditimbang satu kepala ikan merah adalah kira2 3 kilo. 1 kilo 4 riyal.

Kepala ikan merah 3 kilo = 11 riyal
 

solosai….

2 comments

  1. Murah juga shopping kat souq as samak kat sana ya. Kat sini kembong sekilo doploh dirham, lumek sekilo doploh dirham… usah kata udang, sotong dan ketam. Main taram harga je keling pasor tu meniaga.

    Dont like them siang apa-apa pun… habis udang jadi tak best!


  2. hahahaa..habis lunyai di buat nya dema yer….



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: