h1

mencintai mu

5, August 2008

Bila ada kemudahan mencari maklumat seperti internet, pencarian menjadi mudah dan tak terhingga banyaknya maklumat yg terpampang didepan mata. Hanya larat atau tidak sahaja yang akan menghadkan penerimaan kita. Kecepatannya bergantung kepada keupayaan komputer. Dizaman maklumat dihujung jari, kelewatan seminit dua pun sudah menjadi ngomelan dan komputer itu pun digelar sebagai komputer zaman batu. Macamlah memang ada komputer di zaman batu ye !

Bila dengar seorang saiyyid akan datang kesini sebagai wakil Malaya, teringin pula hendak mengetahui lebih lanjut tentang beliau. Dalam mencari2, terjumpa banyak maklumat mengenai mereka2 yg di nasabkan kepada Nabi Muhammad (peace be upon him) ini. 

Ramai  orang tahu  mereka yg bergelar Syed dan Syarifah sahaja yang di kaitkan dengan keturunan Nabi. Rupanya bukan Syed saja, Sharif dan Habib juga digunakan sebagai nama awal seperti Syarif Hidayatullah (Wali Songo di Indonesia) dan Habib Noh (Singapura). Nik, Wan, Long, Megat, Puteri pula adalah keturunan mereka yg telah berkahwin dengan Ajam (bukan Arab).  Tidak salah jika di katakan islam di bawa ke Tanah Melayu dan Nusantara dari Hadralmaut oleh keturunan Ahlul-bait yg di katakan gemar mengembara dan tidak betah duduk di satu tempat. Jika tujuannya untuk menyebarkan islam yg telah menjadi tuntutan semua umat islam, maka tidak hairan lah hakikat tersebut. Ahlul-bait yang terkenal dengan ilmu dan akhlak yg tinggi menjadi rujukan dan contoh ikutan umat dan selayaknya lah mereka memainkan peranan utama menyebarkan agama.

Kita memang di anjurkan untuk mencintai Rasulullah (peace be upon him) dan keluarga baginda, hinggakan menjadi wajib untuk membaca selawat kepada baginda dan keluarga semasa tahiyat akhir sebelum salam dalam solat.

Imam Shafie sendiri dilaporkan berkata [1] dengan bait2 puisi seperti berikut : 

Cinta kepada Ali, Kedua Puteranya, dan Fatimah

Di tengah kumpulan orang banyak,
sering kusebut nama Ali bin Abi Talib, kedua puteranya, dan Fatimah yang suci.
Lalu banyak orang mengatakan bahawa hal itu berlebihan.
Selain itu, ucapan tersebut dianggap keluar dari mulut rafidhi[2].
Aku berlepas diri kepada Allah dari orang-orang yang memberikan penilaian seperti itu.
Mereka mengecap seseorang sebagai rafidhi hanya kerana mencintai Fatimah.

Cintailah Keluarga Nabi dan Khalifah yang Lurus

Jika kita menghormati Ali,
maka kita dianggap rafidhah oleh orang-orang bodoh.
Dan jika kusebut kelebihan Abu Bakar,
maka aku disebut sebagai nashibi[3].
Aku ingin selalu menyandang gelar rafidhi dan nashibi kerana aku mencintai mereka sepanjang nyawaku bersatu dengan raga.

Mencintai Keluarga Nabi

Wahai musafir,
berhentilah di Mina.
Berteriaklah engkau di tempat yang paling tinggi pada pagi hari ketika jamaah haji membanjiri Mina bagai ombak Sungai Eufrat tatkala banjir.

Jika mencintai keluarga Muhammad digolongkan sebagai rafidhi,
maka hendaklah Al-Quran dan hadis menyaksikanku bahawa aku termasuk golongan rafidhi.

Mencintai Keluarga Rasulullah adalah Wajib

Wahai Keluarga Rasul!
Mencintai kalian wajib hukumnya menurut Al-Quran.
Kami bangga dengan kalian.
Orang yang tidak membaca shalawat untuk kalian, tidak akan mendapat rahmat.

[1]. Terjemahan bait2 puisi Imam As Shafie ke dalam bahasa Melayu oleh Muhammad Afif Az-Za’by dan dicetak oleh Penerbit Al-Bayan, Bandung, Indonesia
[2]. Rafidhi – sebutan utk Syiah
[3]. Nashibi – sebutan utk kaum yg menentang Syiah.

Rujukan :
1. http://www.asyraaf.net
2. http://ainifirdausyah.blogs.friendster.com/my_blog/

4 comments

  1. i don’t really understand.. rasa confuse lah pulak.. anyway sok pg baca semula hihihihi ngantuk kot..😕


  2. Kejap… chup. Sayyid mana yang nak turun ke sana? Syed Hamid Albar?

    Errr, yang kedua, Abang pun keturunan nabi juga. After all, bukan kita semua keturunan nabi?


  3. = Abang Al-Amin… hik hiks…


  4. gee : masih confuse ?

    mem : nama awal di borneo tak tau lah pulak ? ada kait jugak ekk ? Abang/Awang/Awangku or Pangeran2 di Brunei tu ?

    memang betul…kita semua keturunan Nabi Adam a.s



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: