h1

tunggu apa lagi ?

25, June 2008

matahari terbit lagi di ufuk timur
naik bersama kicauan burung2. semuanya bersedia untuk memulakan hari baru.
kunjungan yg singkat tanpa dapat melihat lautan walau pun hanya setanak nasi jauhnya dari Amwaj.
sudah tiba masa kembali ke tengah dunia padang pasir.

hembusan angin utara, membawa debu2 pasir di jalanan.
timbunan bukit pasir sering berubah tempat. semalam di sini, esuk mungkin tidak lagi.
kelajuan angin menerbangkan debu2, jerebu menghadkan pandangan.
tapi masih juga tidak menghalang dari para pemandu yg tercicir dari sekolah F1 untuk memecut selaju mungkin.

setelah asar, matahari sudah hampir ke ufuk barat.
jerebu menenggelam kan kilauan cahaya, hingga buleh di lihat dengan mata telanjang bagaikan bulan purnama

sesekali kelihatan barisan unta2, bagai di atur2.
bergerak di padang pasir dalam ribut pasir.
ajaib sungguh. tiada terganggu dengan debu2 pasir beterbangan.
kuasa Tuhan yg menjadikan matanya kalis debu sesuai kehidupan di sini.

lebuhraya 3 lorong yg hampir lurus menyebabkan cepat rasa ngantok
apa lagi bila teman bermusafir kusyuk terlena di sebelah.
tanpa bahan untuk di kunyah atau teman bicara, kelayuan mata bagai tak dapat di sekat2

dalam tercari2 Istirehat untuk lelap seminit dua
kawan sebelah dah buka mata
lalu kacang Menglembu dan keadaan semasa
menjadi pencerah mata

pelbagai kisah dibuka
dari ehwal semasa Malaya
hingga lah cerita mantan2 rakan sekerja
apa kabarnya kawan2 lama
dengar cerita ada yg sakit
ada juga yg beranak kembar
dan telah jadi Pengurus Besar

hampir ke kawasan Nadj maghrib menjelang
berhenti sebentar untuk menyahut seruan Tuhan
agar diri tidak terleka dalam arus dunia yg serba pantas
keresahan di pundi2 juga dapat di legakan

perjalan disambung lagi
hari telah melabuhkan tirai
malam mula menunjuk diri
sinar neon kota kian terbentang di depan mata
menandakan destinasi kian di hampiri

Tamat musafir buat kali ini dan kembali ke rutin sehari2.

Owhhh…
sungguh sebentar sahaja masa berlalu
tahun juga telah tiba di pertengahannya
sebentar lagi Ramadhan tiba dan juga Hari Raya
kemudiannya musim Haji pula menjelma
dan berulanglah lagi bulan untuk tahun yg baru

aku masih di sini
seperti kau dan juga dia serta mereka2
didalam perjalanan hidup
masa untuk mengutip bekal2 sebanyak mungkin
untuk perjalanan yg jauh

perjalanan yg wajib di tempoh semua
tanpa teman
tanpa bahan kunyahan
tanpa apa2 bekalan lahiriah duniawi ini

perjalanan yg tiada kembali lagi…

One comment

  1. Entahlah Sheikh. Tunggu minta dibangunkan lagi…😐



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: