h1

Syukur !

30, May 2008

 

 Kita memang telah di suruh bersyukur. Sejak lama dulu. Sejak 1400 tahun dulu.

 

Diajar pada kita, siapa yg syukur nikmat, akan di tambah nikmat, tapi siapa yg kufur nikmat, maka tunggu lah saja balasan dari Allah.

 

Ajaran syukur ini sering diselitkan dengan kisahnya si miskin dan si kaya minta seorang Nabi berdoa kepada Tuhan supaya di ubah nasib mereka.

 

Tuhan meminta si miskin bersyukur dan si kaya supaya tidak bersyukur. Si miskin enggan bersyukur kerana tidak melihat satu pun nikmat Tuhan padanya, manakala Si kaya pula kata, mana mungkin tidak bersyukur kerana nikmat Tuhan melimpah ruah kepada dia. Akhirnya, si miskin terus susah, malah kain sehelai yg di pakai pun di terbangkan angin kerana tidak mahu bersyukur, manakala si kaya terus bertambah kaya kerana dia tetap bersyukur.

 

Sukar kah melihat nikmat2 Tuhan pada kita ?

 

Cuba lihat pada diri sendiri.

 

Wahid – Kita dilahirkan sebagai manusia.

Tuhan tidak jadikan kita sebagai rumput2 di padang yg akan tamat riwayatnya bila di makan lembu atau kambing. Atau sebagai lembu atau kambing atau binatang melata. Atau sebagai pokok2 di hutan.

 

Kita dijadikan sebagai manusia. Manusia adalah sebaik2 kejadian yg dijadikan Tuhan dengan tanganNya sendiri. Semua makhluk lain yg diciptakan hanyalah untuk berkhidmat kepada manusia, sedangkan manusia di ciptakan Tuhan ialah untuk mengabdikan diri pada Tuhan. Cuba bayangkan, segala cakrawala di ciptakan untuk berkhidmat kepada manusia. Itulah kemulian manusia.

 

Betapa besar nikmat Tuhan ini ?

 

Ithnain – Mendapat Islam.

Hanya Islam yg di terima Tuhan. Nabi2 diutuskan kepada manusia sejak Nabi Adam, sehinggalah kepada Nabi Muhammad, hanyalah untuk membawa manusia kepada ISLAM.

 

Dengan Islam manusia tahu siapa Pencipta, dari mana dia datang, atas urusan apa dia didunia ini dan kemana kah tujuan selepas dunia ini.

 

Tanpa Islam, manusia hilang pedoman, lantas mengikut hawa nafsu lalu mencipta pelbagai andaian – mengenai alam semesta, keajaiban diri sendiri, malah Tuhan juga mahu di fantasikan mengikut teori masing2.

 

Kadang2 kita kesian melihat usaha2 mereka mengkaji cakrawala, ingin menyelidik adakah makhluk lain di cakrawala ini selain kita dan apakah rahsianya alam semesta terbentang. Sedangkan semuanya telah Tuhan ceritakan dalam AlQuran. Bagaimana alam ini diciptakan, bagaimana manusia diciptakan, kisah2 di alam roh, kisah2 zaman silam, kisah2 di bawah bumi dan di atas langit. Begitu juga dengan kisah2 akan datang selepas alam dunia ini, alam barzakh, alam masyar, titian sirat, dan destinasi akhir, syurga atau neraka.

 

Alangkah bertuahnya menjadi seorang islam, kerana hanya islam yg diterima Tuhan.

 

Thalatha – Di lahirkan sebagai umat Muhammad

Ummat Muhammad ialah ummat yg terakhir tetapi di akhirat, ummat ini di utamakan.

Banyak kelebihan ummat ini jika di bandingkan dengan ummat2 dahulu.

Walau tidak sehebat, sebesar atau sekuat orang2 dahulu dari segi kudrat, ibadat mahupun teknologi tetapi tetap dimuliakan.

 

Nah, itulah nikmat yg Tuhan kurniakan yg mungkin tidak kita rasakan kerana tiada apa2 pun seperti menang duit sejuta ringgit, atau mendapat kontrak berjuta2 ringgit atau dapat berkahwin dengan orang secantik pelakun filem

 

Maksudnya, syukurilah apa jua pun nikmat yg ada pada diri kita atau keluarga. Kemudian barulah kita boleh melangkah untuk mendapatkan impian2 kita seperti mendapat seorang suami/isteri mithali, mendapat wang sejuta ringgit dan pelbagai2 impian hebat lagi.

 

Ingatlah, siapa syukur, akan di tambahkan nikmat, siapa kufur(tidak syukur) akan di timpa bencana.

 

 

Untuk dunia yg fragile ini, kasih sayang dan perkara2 yg baik/positif diperlukan berbanding dengan benci membenci, iri hati, putus asa atau kuciwa.

 

Fragile

[sting]

 

If blood will flow when fresh and steel are one

Drying in the colour of the evening sun

Tomorrow’s rain will wash the stains away

But something in our minds will always stay

Perhaps this final act was meant

To clinch a lifetime’s argument

That nothing comes from violence and nothing ever could

For all those born beneath an angry star

Lest we forget how fragile we are

 

On and on the rain will fall

Like tears from a star like tears from a star

On and on the rain will say

How fragile we are how fragile we are

 

On and on the rain will fall

Like tears from a star like tears from a star

On and on the rain will say

How fragile we are how fragile we are

How fragile we are how fragile we are

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: