h1

Ingatan dari kawan.

19, May 2008

Hari ini, Shafiq yg terkenal dengan tagline nya ” How’s your life…….without wife ?” bila sahaja bertemu, memberi ingatan tentang hidup.

Aku sebenarnya pergi berjumpa dengannya untuk bertanyakan tentang report Sales Ledger dari sistem. Bila dia merasakan yg pihak Account tidak menjalankan kerja mereka, dia pun kata yg itu semua kerana sikap2 burok pihak Accountant yg tidak mengemaskan Akaun.

Semua sikap2 burok ini akan hilang bila manusia kembali kepada AlQuran dan Hadis (Sunnah) Nabi. Tapi masalah nya ialah, manusia tidak paham AlQuran.

Jika kita tidak paham sesuatu bahasa itu, bagaimana kita mahu bertindakbalas ? Jika datang seorang bangsa asing dengan bahasa yg tidak pernah kita dengar, bercakap berkali2 dengan kita, maka kita hanya akan tercengang atau terngaga mendengarnya. Walaupun sebenarnya, orang itu hanya meminta segelas air utk di minum, tetapi kerana kita tidak paham bahasanya, maka kita tidak akan berbuat apa2. Tetapi, jika kita mulai paham apa yg orang itu cakap, maka kita akan cepat2 beri dia minuman.

Begitu juga dengan manusia secara amnya dengan AlQuran. Oleh kerana tidak memahami apa yg dikatakan oleh Allah dalam AlQuran, maka segala surohan tidak di ambil endah.

Malangnya, kebanyakan orang islam adalah seperti kebanyakan orang lain juga, yang mendapat agama secara turun temurun. Iman keturunan namanya tu. Oleh kerana emak bapa kita islam, maka kita islam. Jika orangtua kita bukan islam, Nauzubillah, kita juga tidak tahu apa keadaannya.

Kelemahan kita ialah tentang keinginan mencari ilmu, mencari kebenaran. BIla ada sahaja masalah, terus bertanya kepada Ustaz/Mutawwa. Tanpa menyelidik latar belakang ilmu dan pengangan Ustaz/Mutawwa, terus sahaja kita menerima bulat2 apa yg di jawap oleh Ustaz. Dan itulah yg menjadi pegangan kita sehingga akhir hayat. Kita tidak pun teringin untuk memastikan kesahihan hujah2, bukti2, dalil2 yg di beri untuk pemasalahan kita itu. Betul ker hadis nya ? Hassan ? Sahih ? etc

Berlawanan dengan ilmu keduniaan. Manusia akan berusaha untuk memastikan kesahihan penyelesaian kepada apa jua masalah. Second dan Third opinion akan di cari kalau tidak ke Empat atau seterusnya.

Dan juga, Allah sendiri pernah mencabar manusia supaya mencipta sesuatu seperti AlQuran. Sehingga kini, tiada siapa yg dapat menandingi AlQuran.

Mengapa ?

Seorang penulis biasanya akan menulis tentang sesuatu yg pernah di lihat, di alami atau diceritakan kepada nya. Sesuatu yg dapat di capai oleh pemikirannya. Sesuatu yg dalam pengetahuannya. Bagaimana mungkin manusia akan menulis sesuatu yg tidak pernah di lihat, tidak di ketahui dan tidak berpengetahuan mengenai nya ? Sudah tentu mustahil !

terima kasih kawan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: