h1

Hujan

14, January 2008

Musim sejuk yg melanda sekarang menyebabkan suhu jatuh ke tahap bawah 10 darjah celcius. Bagi yg tinggal di rooftop, angin dingin menyerbu dari 5 sudut. Bayangkan kesejukan yg di alami oleh penghuni nya. Setiap ruang dan celah di pintu, tingkap atau ruang A/C akan di serbu angin dingin. Suhu di awal pagi dan di malam hari buleh jatuh hingga ke 2 darjah celcius. Alangkah bercintanya untuk ke bilik air ketika itu. Tangan bisa beku bersentuh dengan air salju. Apatah lagi si anu.

Ketika ini lah peluang untuk hujan ada lah besar. Tapi yang sadis nya, hujan turun rintik-rintik

Hujan rintik-rintik/Tumbuh bunga lalang

Adik sangat cantik/Abang sangat sayang.

Sayang nyanyian itu tidak dapat menghilangkan debu dan kotoran melampau yg melekat di kereta kerana hujan yang tidak lebat. Walau hanya “Mist and Drizzle“, tapi cukup untuk melumpuhkan trafik di bandaraya yg jarang menerima hujan ini.

Berlainan dengan hujan di Mekah yg diberitakan beberapa hari lalu. Kabarnya sangat lebat hingga banjir di beberapa kawasan. Begitulah resminya, setiap kali selepas musim haji, hujan dinanti2. Mungkin untuk membersihkan kotoran di sana yg di tinggalkan semasa para hujjaj di sana. Teringat kepada cerita dekNa semasa berjumpa di Madinah tempoh hari. Sebelum mereka bertolak meninggalkan Mekah, orang2 disana bersolat hajat meminta hujan.

Bercakap tentang kotoran dan kebersihan, dimanakah agaknya silap pemahaman kita mengenai kebersihan. Bukankah kita di suruh menjaga kebersihan ? Sebelum solat perlu wudhu. Jika kemih perlu istinjak. Macamana pulak agaknya sampah sarap boleh di buang merata tempat sesuka hati, tanpa ada rasa bersalah ? Agaknya kita menunggu konsultan dari Jepun untuk menunjuk ajar tentang cara2 membuang sampah yg betul dan terkini.

Selain hujan yg turun bersama air mata, bandar ini juga menjadi tumpuan beberapa hari ini.

Semalam, sewaktu pulang dari kerja, agak menghairankan juga kerana ada kereta polis tak berlabel melintang di simpang. Biasa nya, kereta2 begini akan memasang lampu liplap semasa menahan pesalah trafik atau suspek jenayah di tepi jalan. Tetapi setelah masuk ke lebuhraya Mekah, rupanya, di sepanjang2 jalan terdapat kereta2 polis yg lain dan juga National Guard beratur. Ahh… mungkin pelawat negara Kingdom dah sampai agaknya..itulah penjelasan mudah. Memang bendera2 negara asing telah di kibarkan di tengah2 jalan seperti resminya bila ada pemimpin negara luar akan melawat. Yang sangat di kenal ialah bendera UncleSam. Alaa.. kan pakcik SEMAK tu sedang melawat negara2 teluk dihujung akhir pemerintahan nya. Entah apa yg hendak di capai ?

Tapi rupanya yg sampai semalam ialah pak Sarko . Kawan pejabat yg pulang lewat 30 minit semalam, tersangkut di sekatan jalanraya hampir 3 jam.

Pak Semak dijadualkan akan sampai kesini hari ni. Waduh… tentu banyak jalan akan di tutup lagi.

Oh ya… ada satu lagi peristiwa ‘besar’ di sini. ManU akan turun ke padang melawan AL- Hilal. Dengarnya first team akan turun. Betul ker ni ? Tara tiket free ka ya habibi ?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: