h1

TemBun

20, April 2007

Projek Tembam Bun ~ TemBun.

Berasaskan resepi Mexican Bun, seperti yg popular dijual dikedai2 bun di mall.

Untuk 17 biji roti (setiap satu 55 gram)

 

Bahan untuk Inti

200 gram mentega bergaram, dilembutkan

1/2 sudu teh esen vanilla

70 gram gula perang

 

Bahan untuk Topping

200 gram mentega, dilembutkan

160 gram gula aising, diayak

3 biji telur besar, dipukul sedikit

1 sudu teh esen kopi (boleh didapati di kedai menjual bahan kuih, jika mahu boleh gunakan 2 sudu besar kopi segera dicampur dengan 1 sudu besar air)

secubit serbuk kayu manis, boleh dicampur kedalam esen kopi

200 gram tepung serbaguna, diayak

 

Bahan untuk Doh Manis

500 gram tepung roti, diayak

20 gram tepung susu, diayak

75 gram gula kaster

6 gram (1 sudu teh) garam

8 gram (1 1/4 sudu teh) yis segera

1 biji telur, dipukul sedikit

270 gram (270 ml) air atau susu segar (kalau sudah menggunakan susu tepung jangan guna susu tapi gunakan air)

60 gram mentega, dilembutkan

 

Cara untuk Intinya

Pukul mentega dalam mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit.  Masukkan esen vanilla dan gula perang dan pukul hingga sebati.  Tuangkan adunan kedalam mangkuk dan bekukan dalam peti sejuk. Bahagikan adunan inti kepada 10 gram dan bulatkan dan simpan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.

Cara untuk Topping

Pukul mentega dan gula aising pada kelajuan sederhana selama 5 minit sehingga adunan ringan dan gebu.  Masukkan telur sedikit demi sedikit.  Masukkan esen kopi.  Masukkan tepung dan putar pada kelajuan perlahan sehingga semuanya sebati.  Masukkan kedalam piping bag dan sejukkan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.

Cara untuk Doh Manis

Campurkan tepung yang telah diayak, gula kaster dan garam didalam mixer dan putar pada kelajuan perlahan selama 1 minit.  Masukkan yis, telur dan air.  Putar selama 1 minit pada kelajuan perlahan dan kemudian pada kelajuan sederhana selama 8 minit.  Masukkan butter dan gaul hingga sebati selama 5 minit pada kelajuan sederhana sehingga adunan roti menjadi lembut dan licin.  Kemudian bulatkan adunan setiap bahagian 55 gram (boleh dapat 17 bahagian).  Bentukkan bulat.  Tutup dengan kain lembab dan biarkan selama 10 minit.

Cara untuk membuat TemBun

Menggunakan telapak tangan leperkan adunan roti.  Letakkan inti ditengan dan tutup dan kemaskan (mesti tutup betul kalau tidak sewaktu membakar inti akan terkeluar dan cair).  Bentukkan bulat dan letakkan atas loyang pembakar yang telah disapu mentega.  Ulangi untuk bulatan roti yang lain.  Letakkan roti pada jarak 7.5cm diatas loyang pembakar.  Ketepikan untuk diperap selama 45 minit didalam suhu suam.  Pipe toppping diatas roti bentuk spiral (bulat-bulat) bermula dari tengah.  Bakar pada suhu 200 darjah C selama 12 – 15 minit atau sehingga roti kekuningan.

 

Nota: Untuk Inti dan Topping buat setengah adunan sudah mencukupi.

 

Untuk memastikan roti menjadi, pastikan yis tidak mati !

Yis perlu di aktifkan dgn melarutkan supaya ia bersedia untuk menjalankan proses penapaian terhadap adunan tepung.

Yis segar dan beku, pecahkan yis di dalam mangkuk dan campurkan sedikit gula -sumber makanan yis- dan sedikit susu suam. Tiada penambahan air diperlukan. Campuran yis tadi sesuai digunakan jika ia mula berbuih dan kembang.

Yis kering (e.g mauripan), larutkan dalam air suam yang bercampur sedikit gula. Boleh juga diletak susu. Campuran harus diletakan ditempat hangat untuk mengaktifkan yis. Apabila yis sudah berbuih, ia boleh digunakan.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: