h1

Bukan anti

22, November 2006

isu yg sensitif bagi orang perempuan tapi selalu menjadi bahan jenaka dan bualan orang lelaki. perkara yg dibenarkan oleh agama, tetapi sangat di benci oleh orang perempuan.

siapa yg suka berkongsi ! itu hujah yg diberi orang perempuan. bila dibangkitkan perkara ini, pertanyaan yg sering ditanya ‘apa kurangnya saya ?’

mulalah terasa dikhianati dan tidak lagi dicintai.

mana pergi kasih sayang semasa bercinta dulu ?
mana pergi janji sehidup semati ?

yg berpatah arang sanggup minta di lepaskan, hilang sudah keinginan bersama.

tetapi lelaki tetap mempertahankan hak sebagai lelaki.

boleh pasang hingga empat
buka cawangan merata tempat

peduli apa perasaan orang yg menjadi teman setilam sebantal.
peduli apa perasaan orang yg susah payah bersama bertahun2 lamanya.

alahai …..ikut perasaan sangat orang perempuan ni. dah memang lelaki sifatnya dikongsikan, kongsi aje lah.

kemana pergi agaknya kasih sayang yg mula2 ?

kenapa agaknya mahu bercinta lagi setelah berkahwin ?
bukan cinta ? oooo..kalau bukan cinta, kahwin kerana nafsu ker ?

mahu membantu ? nak membantu kaum perempuan yg masih membujang ker atau membantu si awang kenit sendiri yg sentiasa mengaruk2 tak tentu arah tak pernah cukup ?

yg buat orang sakit hati, nikah sembunyi2. tak gentleman lansung ! lepas tu, cakap semua putar alam nak sembunyikan dari anak isteri. tak ke keciwa bila isteri dapat tahu ? keciwa di tipu hidup2 lebih parah rasanya dari di madukan. orang lain lebih tahu dulu dari keluarga sendiri. tak patut lansung. kalau betul2 LELAKI, cakap aje lah terus terang.

dan paling malang, selepas teruskan hasrat dgn segala macam alasan, lupa pula pada tanggungjawap pada keluarga pertama ! bengung apa ? memang mangkuk hayun betul. nampak macam orang beragama, kupiah tak lepas dari kepala serta berjubah dan berserban, tapi perangai menyebabkan orang pandang buruk. itu ker yg nak dijadikan pedoman buat orang lain ? buat malu kaum aje !

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nota :

Nabi s.a.w hanya berkahwin lain setelah Khadijah r.ha wafat.

Ali r.a hanya berkahwin lain setelah Fatimah r.ha wafat.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

p/s ini bukan cerita anti atau menolak ketentuan yg di tetapkan agama. segala apa ketetapan agama adalah kebaikan untuk semua umat, walaupun hati dan perasaan kita tidak menyukainya. Hanya Allah yg tahu apa yg baik untuk manusia ! manusia sahaja yg tak pernah mahu mengkaji dgn cahaya ilahi. cuma selalu bercakap ikut sedap hati !

One comment

  1. yup agreed! Mcm dialog Rahim Razali dlm filem ‘CInta’.. “Isteri itu anugerah bukan hak milik”.. Bila dah ‘Anugerah’ tu.. pepandai lah šŸ˜‰



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: