h1

‘Eid Mubarak

24, October 2006

selesai sudah Ramadhan Kareem.

tiba pula Syawal, hari fitrah. hari manusia kembali kepada fitrah.

1st Syawal 6:45 am
kononnya nak bersolat ‘Eid Fitr di masjid terdekat. tapi tak berhasil. undangan ke rumah datuk berat untuk di tunaikan, kerana tugas yg menanti di pejabat. sebab tu lah kononnya nak bersama orang tempatan bersembahyang raya.tapi kalau dah lambat turun, mana nak sempat bersolat. diorang solat jam 6 – 6:30 rupanya. awal betul !
setelah berpusing2 mencari masjid, akhirnya balik semula ke rumah dan call kawan2 yg nak ke rumah datuk.

8:15 am
sampai ke kediaman datuk ambasador. eluk2 duduk aje, datuk bangun dan announce utk solat raya dimulakan dgn di imamkan oleh ust hassan. datuk sendiri jadi khatib nyer. antara peringatan yg diberi :=

menyambut aidilfitri ialah menyambut hari kembali kepada fitrah !

menangis dan ketawa.
semasa bayi di lahirkan, dia akan menangis, sementara kaum keluarga yg menunggu kelahiran, ketawa dan gembira menyambut kelahiran bayi.

setelah sampai masa, setiap orang akan kembali kepada Allah – mati. maka di ketika semua kaum keluarga menangisi pemergian kita, kita perlu usahakan kita gembira dan tersenyum pada waktu itu.

semasa di lahirkan bayi menangis, kerana akan menghadapi dunia baru yg banyak dugaan dan pancaroba. sementara orang lain gembira kerana menyambut ahli keluarga baru.

semasa mati, kita berharap dapat gembira dan suka sementara orang lain menangisi pemergian kita. orang mati hanya akan gembira bila ada persiapan utk menghadapi alam barzakh – alam kubur dan alam akhirat, kerana di saat kematian akan ditunjukkan dimanakah tempat akhirnya. jika cukup bekalan dgn iman dan amal, maka balasan baiklah yg menunggu. dan usaha untuk iman dan amal, hanyalah semasa kehidupan di dunia ini.

11:00 am
sampai di pejabat. staf IT telah mula menjalankan kerja2 penaiktarafan sistem seperti yang dirancang.

11:00 pm
masih di pejabat. nampak gaya, kerja2 berterusan hingga pagi esuk. sekejap2 tidur dibangku dan sofa.

4:00 am
ramai yg nak puasa esuknya. ada juga yg ingat nak balik makan sahur. tapi nampak gaya tak sempat. dr tidak memberi gambaran untuk berhenti kerja lagi.

teringat kat tamar di pantry. panggil ahmad2 yg nak puasa tu, bersahur dgn kurma dan jus oren.

6:00 am
baring di sebelah cubicle. sempatlah 2 jam lelap, sebelum di panggil utk meeting.

10:30 am
akhirnya, dr & the team balik, sementara backup dan ‘end of day processing’ di jalankan dgn janji akan kembalik ke pejabat jam 6:30 pm.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: