hadiah untuk den kah itu ?

7 11 2009

7 November 2009

hari ini den tibo dipejabat  jam 7:00 pagi beb !. bila si sharif tahu den sampai awal,  dia sengaja menyakat, “anta datang jam 5 ker, selepas suboh ?” “Takdo lah, saja mahu balik awal lah ini hari, ada hal bosar”

Selepas asar, bergegas lah den siapkan apa yg patut, dan chap-alif-bot. bagi pak arab mungkin takde signifikan-nya balik awal, tapi rakyat malaya tentu ternanti2 tayangan secara lansung perlawanan bola malam ini. apatah lagi bagi rakyat nogori dan kelantan yg masuk final. memang banggo den. walau nogori tak menerima  den sebagai rakyat, tapi den ngaku sendiri lah, den memang anak nogori sobab dilahirkan  kek PD…berpuloh tahun dulu lah….

tapi siaran tv1 dari langit hari ni buat hal lah pulak. asyik scrambled ajo gambar ehh.. measat3 kena tutup dek awan ko ?

dalam mendengar2 suara tersokek2 tu, nampaknya nogori dah lead. menjerit pokek lah den sorang2 kek rumah ni ha.

nampak gayanya, piala akan jadi milik nogori lah….yahoooo…

5:15 pm (10:15 waktu malaya)

separuh masa kedua sudah bermula, jaringan telah bertambah lagi, 3 – 0. dan ketika wisel penamat nogori monang 3 -1.

terima kasih pasukan nogori, kerana menceriakan hari yg penuh makna buek den hari ini….





ironi anak pak wahab

1 11 2009

sejak menjadi tahanan rumah kerana serangan resdung yg gawat, tv1 selalu menjadi teman dirumah. walaupun adakalanya hanya dengar suara dengan gambar terpecah2, adalah sangat mendamaikan apatahlagi ketika meniti saat2 derita bersendirian. dan selepas didedahkan dengan trailer dua tiga hari, siaran Eklusif1 petang tadi (jam 9:30 mlm waktu malaya) sangat dinanti2kan. tajuknya ‘ajaran sesat’.

bermula dengan kisah rasul melayu ditahan dan didakwa, 3 ajaran sesat di dedahkan dalam episod hari ini. walau jelas tersasar tetapi ramai yang terpengaruh walaupun dari golongan bijak pandai.

pertama, kisah abuya, bermula dari zaman al-arqam hinggalah ke rufaqa. hingga kini, masih ada yg percaya pelbagai keramat dan kelebihannya yg kononnya sebagai insan terpilih.

kemudian kisah ayah pin dengan kerajaan langitnya. siap dengan interview rtm dengan ayah pin 3 hari sebelum kawasannya diserbu dan dirobohkan kerajaan malaya.

akhirnya kisah ahli2 tariqat yg agak pelik amalan zikirnya hinggakan meloncat2. ahli tariqat selalu diperkatakan terlalu memuja shaikh2 mereka. begitulah antara ulasan yg diberi oleh Dr Mohd Asri bekas mufti perlis.

kemudian disiarkan ulasan seorang pegawai jabatan agama mengenai orang yg dibenarkan mengajar. beliau berkata, sebelum diberi kebenaran, sesaorang itu akan ditemuduga dan dipastikan pendirian/amalan tidak bertentangan dengan masyarakat umum, seperti contohnya jika sesaorang yg berpegangan ‘wahabi’ tidak akan dibenarkan kerana tidak secocok dengan pegangan ahli sunnah waljamaah orang malaysia. kemudian akan ditanya pula tentang tahap pengajian dan sebagainya.

<dalam hati – bagaimana pula dr asri buleh terlepas dari penilaian mereka ini ya ? dan dr asri juga ada dalam rancangan yg sama???>

—————————————————————————————————-

ironi apakah ini, bila dibuka laman berita online sebentar tadi, terpampang dimuka depan  berita mutakir

JAIS tahan bekas Mufti Perlis

02/11/2009 12:28am

KUALA LUMPUR 1 Nov. – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin selepas beliau menyampaikan kuliah di sebuah kediaman di Taman Sri Ukay di sini malam ini.

Penahanan Mohd. Asri pada pukul 12 tengah malam itu dipercayai ada kaitan dengan fahaman Wahabi yang dikaitkan dengan beliau.

Sebelum beliau ditahan, sepasukan anggota polis dan pegawai JAIS telah berada di luar rumah banglo itu sejak pukul 8 malam.

Dianggarkan, terdapat hampir 1,000 orang hadir mengikuti kuliah tersebut. – Utusan





ta’ban

1 11 2009

kesedapan melayan nafsu makanan laut menampakkan kesan bila tiba kembali ke sini.

alangkah butanya hingga tidak dapat mengesan sendiri tanda2 serangan ketika hidung mula berair bila tiba dikehangatan tengahari Manama. kepala yg selalu ditutup pun dibiarkan terdedah, mahu kelihatan ranggi mungkin, dengan rambut yg dah berbulan tidak digunting.  ’ini rambut untuk musim sejuk !’, itulah jawapan bila diasak pertanyaan sikenit2 dirumah.

mungkin juga kerana terlalu risaukan selsema babi hingga terlupa tanda2 penyakit yang satu ini. bila kepala dah berdenyut2 dan sakit sekeliling mata dan hingus mula pekat semacam, barulah tersedar yang resdung menyerang. lawatan ke doktor di warood selepas menderita sendiri 5 hari mengesahkan serangan resdung yg gawat.

dan selepas mula menelan pil2 yg disuruh pak doktor, barulah kepekatan tekanan2 didahi mula hilang. tapinya seperti biasanya deria bau dan rasa juga turut terkesan. semuanya hawau…

 





peace no war

26 10 2009

“Everybody’s talking about peace, but we cannot have peace without justice, But justice cannot be done without mercy and mercy cannot be given without knowledge,”

“He said that we must accommodate changing times but cling to unchanging principles. We must be flexible in modern days recognizing the diversity of the hopes and dreams of all people but I also think that principles never change. Justice, peace, humility, service, forgiveness, compassion and love. So, we have no separation among us.”

Jimmy Carter @ Jeddah @ 25 Oct 2009.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

satu fikir

satu risau

semuga aman dunia tanpa perang





kesempatan yang datang

19 08 2009

sebagai seorang anak, tentu saja berkeinginan untuk berkhidmat kepada orang tua. apatah lagi bila orang tua yang telah uzur, sudah menjadi kewajipan anak untuk menyenangkan kehidupan mereka.

bagi anak2 yg diperantauan, sudah tentu tidak punya banyak masa untuk bersama orang tua mereka.  kesempatan yg datang untuk sesekali bertemu, tidak sepatutnya dilepaskan begitu sahaja. peluang untuk menatap wajah mereka, bersalam, mengucup, mendakap dan mengembirakan mereka tentu tersangat berharga.

apatah lagi  jika orang tua kamu berkunjung ke Baitullah dan kamu berada hanya 400 km sahaja dari tanah haram ?

tak kanlah hendak dilepaskan peluang keemasan ini  ! berangkatlah segera dan tinggalkan apa sahaja yg kamu kerja kan !

selamat tinggal dunia !

kesempatan menyambut Ramadhan di tempat paling mulia dan bersama orang yg paling utama dalam hidup ini sudah tentu tidak patut dilepaskan begitu sahaja.

jadi mengapa perlu dirisaukan kehilangan kesenangan dunia untuk beberapa hari ?

Selamat Menyambut Ramadhan Mubarak wahai dunia…





bayu laut !

14 08 2009

sungguh nyaman bayu laut bertiup menjamah setiap susuk tubuh yg datang bertandang tika petang ini. hawa panas musim panas ini sedikit berkurang dengan angin dari teluk arab ini. burung2 camar bertebangan berkicauan berhampiran mencari anak2 ikan yg mungkin menjadi rezeki petang sebelum malam mendakap siang

sungguh sesuatu yg berlainan dari suasana ditengah padang pasir Nadj. berubah angin sangat mengujakan selain dapat lari dari pemandangan yg sama sehari2. laut, camar dan pantai memang sangat menyamankan.

capaian internet yg asyik kaput difunduk juga membawa aku ke tepi pantai ini. setelah mencari2 sepanjang corniche, akhir nya berjumpa juga capaian percuma disini…walaupun kabarnya sepanjang2 corniche ini telah disediakan wifi secara gratis oleh STC.

[south corniche, alkhobar]





Mengejar fatamorgana

23 07 2009

fatamorgana

di kehangatan mentari musim panas ini

aku masih tertipu lagi

dengan banyangan air

dipadang pasir.

tiada yg hakiki

cuma bayangan yg dikejari

akan hilang bila didekati.





bukulima untuk bukumuka-mu.

19 07 2009

muhammad-ali-fist

ada kalanya keinginan berkawan memang tidak ada lansung. kawan2 yg ada pun, entah apalah kabar agaknya ya ???

walaupun di zaman ketik jari nih, bermacam saluran ada untuk menjalinkan persahabatan. tapi bila bersendirian, mcam dah tak reti pulak nak bermasyarakat. bukanlah pulak tak tahu bertatasusila dengan kawan sepejabat, atau chai-walla atau benggali di bakala, cuma tidak bersosial dengan masyarakat sebahasa sahaja. terbawa2 pulak di alam maya. jadi malas.

kalau di ikutkan, dari pelbagai komuniti siber yg didaftar (dengan pelbagai katanama pula),  sudah tentu buleh sibuk sepanjang hari dan malam dan tengah malam, malah di dinihari pun dengan bahan bacaan, komentar dan medan untuk meluahkan pendapat dan menegakkan pendirian. tapi, bila dah jadi malas, begitulah. tidak apa2 kan kalau malas begitu. jangan malas jalankan kewajipan sudah lah.

memang sungguh maju kaedah komunikasi internet ni. pelbagai kaedah ada, chatting, blog, portal komuniti selain email. hendak dengan tidak saja. dari tak kenal menjadi kenal, dari jauh menjadi dekat (dihati) dan yang dah lama tak jumpa pun buleh berhubung kembali.

tetapi sudah namanya manusia, kemana pergi pun masalah yg sama akan dibawanya. masalah2 di alam nyata juga sama menular di alam maya. bila berkumpul saja di mana2 portal maka timbullah hasad dengki, kata-mengata, fitnah-mefitnah dan macam2 lagi. perkara kecik pun buleh jadi besar.

kan manusia ni tidak sama. rambut sama hitam, hati lain2. cara berkawan pun berbeza. tak semua suka menonjolkan diri di alam siber nih. ramai yg memilih untuk terus anonymous. masing2 ada sebab sendiri. ikut suka hati kau lah jang.

bagi sesetengah orang, berhubung melihat muka ada lah wajib. walau tidak berbicara secara lansung lewat chatting, foto2 kamu yg kacak dan cantik adalah wajib ditayangkan dilamanweb kamu. jika tidak kamu akan dibuang dari senarai kawan mereka.

begitulah yg terjadi semalam. meluluskan request seorang kawan di bukumuka yg sudah lama terperap di senarai request membawa padah. hajat dihati untuk membersihkan senarai tersebut dari permohonan2 tertunggak membawa sedikit kekurengan. dia yg memohon, dia pulak bertanya siapa kita? kemudian ingin pula menetapkan syarat2 untuk berkawan dengannya. mahu ada gambar yg jelas terang benderang. jangan bersembunyi2 dibalik daun2 pokok semalu. kalau tidak tak payah lah berkawan dengan dia.

ingin dikabarkan kepada dia ” ermmm… bukulima mau ?”





Di kala rembang petang

20 05 2009

selagi ada waktu

biar ku titipkan rindu

agar segala yg terbuku

membara hangat dikalbu

 

setiap langkah bersama

di jalan2 kehidupan

mengharungi ombak badai 

menjadi pahatan ditugu ingatan

tidak mungkin ku lupakan

 

senyum tangis

penat jerih

adakala kau terguris

hanya  maaf yg dapat ku ungkap

muga dapat membalut luka

walau parutnya masih ada

menjadi ingatan masa depan

 

di kala rembang petang

semakin menebal inginku

berjalan berdua

hingga ke titik akhir

perjalanan ini

[20 May 2009]





berjalan

11 05 2009

 

Berjalan Di Hutan Cemara [dengar]
Lagu dan Lirik oleh Ebiet G. Ade/ABDUL GAFAR ABDULLAH
Berjalan di hutan cemara 
Langkahku terasa kecil dan lelah 
Makin dalam lagi  
Ku ditelan fatamorgana 
Tebing tanah basah  
Di pinggir jalan setapak 
Seperti garis wajahmu teduh dan kasih  
Makin dalam lagi 
Ku dicekam kerinduan  
Kabut putih melintas di jalanku  
Jarak pandangku  
Dua langkah ke depan  
Ada seberkas cahaya  
Menembus rimbun dedaunan  
Sanggupkah menerangi jalanku  
Dan aku berharap kapankah kiranya  
Sampai di puncak sana  
Aku kan bertanya, siapa diriku?  
Aku kan bertanya, siapakah kamu? 
Aku kan bertanya, siapa mereka?  
Aku kan bertanya, siapakah kita?
Berjalan Di Hutan Cemara 
[oleh ABDUL GAFAR ABDULLAH]
Berjalan di hutan cemara 
Langkahku terasa kecil dan lelah 
Makin dalam lagi  
Ku ditelan fatamorgana 
Tebing tanah basah  
Di pinggir jalan setapak 
Seperti garis wajahmu teduh dan kasih  
Makin dalam lagi 
Ku dicekam kerinduan  
Kabut putih melintas di jalanku  
Jarak pandangku  
Dua langkah ke depan  
Ada seberkas cahaya  
Menembus rimbun dedaunan  
Sanggupkah menerangi jalanku  
Dan aku berharap kapankah kiranya  
Sampai di puncak sana  
Aku kan bertanya, siapa diriku?  
Aku kan bertanya, siapakah kamu? 
Aku kan bertanya, siapa mereka?  
Aku kan bertanya, siapakah kita?