sebagai seorang anak, tentu saja berkeinginan untuk berkhidmat kepada orang tua. apatah lagi bila orang tua yang telah uzur, sudah menjadi kewajipan anak untuk menyenangkan kehidupan mereka.
bagi anak2 yg diperantauan, sudah tentu tidak punya banyak masa untuk bersama orang tua mereka. kesempatan yg datang untuk sesekali bertemu, tidak sepatutnya dilepaskan begitu sahaja. peluang untuk menatap wajah mereka, bersalam, mengucup, mendakap dan mengembirakan mereka tentu tersangat berharga.
apatah lagi jika orang tua kamu berkunjung ke Baitullah dan kamu berada hanya 400 km sahaja dari tanah haram ?
tak kanlah hendak dilepaskan peluang keemasan ini ! berangkatlah segera dan tinggalkan apa sahaja yg kamu kerja kan !
selamat tinggal dunia !
kesempatan menyambut Ramadhan di tempat paling mulia dan bersama orang yg paling utama dalam hidup ini sudah tentu tidak patut dilepaskan begitu sahaja.
jadi mengapa perlu dirisaukan kehilangan kesenangan dunia untuk beberapa hari ?
Selamat Menyambut Ramadhan Mubarak wahai dunia…