Disebuah restoran di Jeddah.

Seorang anak muda (shabab) masuk, dengan rambut mencacak terherot sini dan terherot ke sana. Seluar pula londeh sampai nak tercabut, dengan boxer terdedah bagaikan mahu menunjukkan yg hanya dia yg pakai boxer. Hip hop lah kononnya tu…
Seorang pelayan datang dan bertanya apa yang hendak di pesan. Setelah diambil pesanan, pelayan bertanya pula, berapa roti yg dimahukannya ? Satu atau dua ?
Shabab menjawap tanpa melihat kiri kanan, ‘Apa engkau ingat aku ni fellaata* yg makan banyak ? Bagi aku satu roti saja’
Tanpa disedarinya, terdapat seorang fellata yg duduk berhampiran yg juga sedang menanti untuk memesan makanan.
Pelayan yg sama pergi pula kepada fellaata dan bertanya pesanannya, dan bila tiba tentang roti, soalan yg sama ditanya, berapa roti yg dia mahu ? Satu atau dua ?
Fellata menjawap “Apa engkau ingat aku ni bapok ker ? Bagi aku roti banyak2, seperti mana selayaknya untuk seorang lelaki sejati!”
Orang keliling yg mendengar tidak dapat menahan dari ketawa.
(Untuk sejarah Saggy pants, baca disini :The Irony of Saggy Pants. Kabarkan kepada saudaramara kamu yg berminat sangat untuk berbudaya HipHop berseluar londeh. Walaupun disanggah oleh Snopes, tapi bagus juga untuk direnungkan)

*Fellaata : tribes from west African, mostly from Nigeria – kuat bekerja dan juga selalu banyak makan. Baca disini untuk penerangan lanjut.


