Semalam hujan sepanjang hari. Hajat Niz utk mencuci kereta nampaknya tidak kesampaian. Kelmarin lagi dia telah mengingatkan supaya kereta diparking didepan pintu rumahnya jam 4:00 petang dan kunci ditinggalkan supaya dapat mencuci dalam kereta katanya. Mungkin akan di-vacuum. Hujan terus-terusan menjadikan kerja2 mencuci sangat sukar dan agak tidak berbaloi.
Ketika cuaca agak melampau, penghuni2 unit di bumbung lah akan lebih merasanya. Jika unit2 dibawah mendapat angin dari 2 penjuru, depan dan belakang, unit diatas akan mendapat angin dari 5 penjuru, kiri, kanan, depan, belakang dan atas.
Bila hujan di Riyadh ni, selalu berlaku kemalangan. Para pemandu dibandaraya ini terutamanya para syabab, tidak dapat membezakan waktu biasa dan waktu hujan, pedal minyak tetap ditekan sehabis mungkin. Jalanraya/lebuhraya yg tidak mesra-hujan sudah tentu akan menjadi sangat licin dan tidak dapat dicekam tayar menyebabkan banyaknya kemalangan berlaku. Hospital dan balai polis akan menjadi sibuk ketika atau selepas hujan kerana ramai pengunjung yg terlibat dengan kemalangan. Seperkara lagi ialah tiadanya perparitan yg sempurna, maka banyaklah air bertakung selepas hujan dijalan2raya, tetapi tidaklah menjadi banjir kilat seperti di lembah kelang.
Semalam juga semasa memasuki kereta untuk kepasar, cermin kereta didapati telah retak. Pelbagai andaian timbul difikiran, mungkinkah kerana penangan budak2 nakal ? atau sebab benda berat jatuh dari atas ? Tapi kata Az, itu perkara biasa disini, bila panas dan sejuk bergilir dengan agak kerap, maka cermin kereta akan mudah retak. Pasang tinted sajalah katanya, tapi bukan yg gelap punya ya.
Semalam juga ada perbahasan di salah satu saluran tv mengenai forum G20. Seorang ahli panelnya menanyakan, kenapa tidak dibincangkan kemungkinan menggunakan sistem syariah dalam ekonomi dunia ? Kenapa masih juga mahu diteguhkan sistem kapitalis ala IMF dan pakcik sam yg berasaskan usury?
Semakin dekat akhir zaman, semakin terjelas kebenarannya. Bagi yg memegang teguh tali Allah, kemenangan sudah ditangan anda sejak mula lagi. Dunia ini penuh ujian. Bukan laba dan hasil dunia ini yg menjadi ukuran kejayaan. Kejayaan ialah bila perintah Allah dapat ditaati dalam apa jua keadaan, susah mahupun senang, rugi mahupun untung, bersendirian mahupun ramai pengikut.
Allah Karim !