azam berazam

29 01 2009

[dari Kelas Hadis]

Daripada Ibnu Abbas r.a, daripada Rasulullah s.a.w tentang apa yang diriwayatkan daripada Tuhannya, katanya:

“Sesungguhnya Allah s.w.t mencatat kebaikan dan keburukan kemudian Dia menjelaskan; barangsiapa yang bercita-cita untuk melakukan kebaikan, lalu tidak jadi mengamalkannya, maka Allah menulisnya di sisi-Nya sebagai satu kebaikan penuh. Jika dia bercita-cita (untuk melakukan kebaikan), kemudian dia mengamalkannya, maka baginya sepuluh kebaikan dan digandakan sehingga menjadi tujuh ratus kali ganda, bahkan sehingga tidak terhitung. Barangsiapa yang bercita-cita mahu melakukan keburukan, tetapi tidak jadi melakukannya, maka Allah akan menulisnya sebagai satu kebaikan penuh. Jika dia bercita-cita (untuk melakukan keburukan) dan dia melakukannya, maka Allah akan menulis baginya satu keburukan.”

Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dengan lafaz ini di dalam kitab sahih kedua-duanya.

Ulasan hadis.

Azam buat baik ada 3 wajah:=

i.    perlu usaha utk melaksanakan, tetapi jika terhalang, maka dapatlah ganjaran penuh (hasanah kamilah)

ii.  tidak buat apa yg diazamkan kerana buat yg lebih baik, e.g. azam buat amalan sunat, tapi bertemu dengan amalan wajib, maka dapat hasanah untuk amalan wajib itu dan juga amalan sunah yg diazamkan (e.g. azam utk puasa sunat, tetapi ada panggilan walimah (yg wajib pergi)

iii.  azam utk solat tahajudm, tapi tertidur tak sedar2 – dapat ganjaran penuh solat tahajud.

Azam buat keburukan juga 3 wajah.

i.  azam nak mencuri, tapi bila tiba masa nak mencuri, timbul insaf dan sedar, takut pada Allah dan tidak jadi mencuri – dapat hasanah kamilah.

ii. azam nak mencuri, tapi terhalang kerana sesuatu sebab, e.g. ada polis di tempat yg ingin dicuri – tidak dapat ganjaran – tp berdosa.

iii. azam buat keburukan, tapi tidak buat bukan kerana sedar/insaf dan takut pada Allah atau kerana ada apa2 halangan – tiada dapat apa2 balasan.





hati-hati

25 01 2009

berhati2 menjaga hati

hati jangan dibiarkan keras

jika keras bagai cermin

akan mudahlah pecah berderai

bila terusik dan terhempas

 

hati biar bagai lautan

sentiasa menerima apa sahaja

berupaya pula memberi ikan dan hasil lautan

untuk diambil siapa sahaja

 

hati jangan dibiarkan kosong

dari cinta allah dan cinta nabi

nanti penuh ghaplah menonong

cinta dunia takut mati





Berita ringkas

24 01 2009

Berikut dikabarkan berita2 ringkas

1.    Orang muda perlu lah belajar adab dan sopan santun dalam bermasyarakat, terutamanya jika berada diperantauan. Jika tak paham, bertanyalah kepada otai2 (orang tua2 ataupun orang2 tua). Jangan main redah saja. Terutamanya dalam majlis2 keramaian. Kabarkan lebih awal jika mahu mencelah dalam majlis orang lain. Orang2 melayu tidak seperti orang2 arab, mereka sungguh cepat terasa hati dan mudah tersinggung. Dan jika mahu berkongsi majlis, berkongsi lah juga susah payahnya. Jangan datang cuci tangan sahaja.

2.   Orang2 tua perlu lah banyak bersabar dengan kerenah orang2 muda dalam bermasyarakat, terutamanya diperantauan. Jadilah pemaaf dan berbesar hati lah selalu jika dapat memberi amal jariah. Jika ada orang muda yg tak tahu adab tiba2 mahu menumpang dalam majlis yg kamu usahakan bersendirian, anggaplah itu amal jariah. Muga2 Allah memberi kelapangan hidup dan murah rejeki kamu sepanjang hayat.

3.   Orang2 melayu perlu lebih terbuka dalam mencari ilmu agama. Jangan hanya taksub kepada ajaran2 ustaz di malaya. Cari dan rujuk lah dengan alim ulama. Peganglah yg hak dari sumber2 yg hak. Tinggalkan amalan tradisi, ikut-ikutan dan yg tidak ketahuan asal usulnya. Jika Imam Shafie yg diikuti, benarkah amalan2 seharian itu bersumberkan darinya? Cuba periksa sumber2nya, benarkah ianya dari Imam Shafie. Terutamanya ilmu tauhid. Akidah perlu tepat. Amal tanpa iman yg sah akan sia2. 

4.   Pak Syed tu berada ditengah2. Orang sana kata dia begini, orang belah situ pula kata dia begitu. Walaupun sudah bergelar sarjana dan professor, masih saja sedia bertanya kepada pak2 shaikh jika ada masalah yg memerlukan huraian. Keghairahan belajar dan mengajar masih membakar jiwa. Semuanya utk redhaNya.  Begitu juga khidmat yg mahu disumbangkan utk orang2 Malaya disini.

5.   Mengapa golongan agama perlu bersifat ekstrim ? Tidak kah boleh diambil jalan sederhana ? Apakah agenda disebaliknya ? Mahu popular ? Agama adalah jalan membawa makhluk kepada Khalik, bukannya untuk  digelar hebat dan pandai atau apa2 saja pun. Mengapa perlu menuding jari dan membelasah orang yg tak sama jalan pikiran ? Bukankah agama mengajarkan kasih sayang, bukannya porak peranda cerai berai. Asal berlainan dengan pemikiran golongan kamu, maka diberi cop pada mereka. Mudah sangat menuduh sesat, kafir dan zalim sesama saudara sendiri. 

6.  Sehebat mana pun kamu, jika tiada iman yg sahih dan amalan yg soleh, janganlah bermimpi menunggu dipintu syurga.

7.  Jika mahu melawat kawan2 Arab yg kematian saudaramara,  ziarah lah dalam masa 3 hari. 

8.  Banyak juga amalan2 orang dimalaya yg disangka berkaitan dengan agama, tapi jika dikaji2, mungkin tidak.

 

sekian sahaja. selamat-/





kita satu

19 01 2009

dadada

lalala

in the name of love

an american dream

an irish dream

an african dream

an israel dream

and…… ……… ……..a  palestinian dream

[bono - lincoln memorial]

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

make believe ?





Nota dari petisurat

19 01 2009

seorang teman mengirim nota yg diperolehinya dari Facebook.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kalau dulu PM kita pernah berkata bahawa “Melayu mudah lupa…” tapi dengan keadaan dunia sekarang ini sebenarnya “Kita orang islam sudah lupa…” Sedih kita baca dan lihat akan apa yang terjadi kepada umat Islam Palestin di bumi Gaza. Kanak-kanak dibunuh saban hari. Anak kehilangan ibu setiap hari. Ayah meratapi kehilangan keluarga setiap celik mata. Ibu menangis kehilangan tempat bergantung. Kenapa jadi begini, kenapa? Kalau kita fikirkan sebenarnya Yahudi mengambil kesempatan diatas kealpaan kita. Seluruh umat Islam dunia patut bangun membantu rakyat Palestin TETAPI apa yang terjadi…sebaliknya. Umat Islam sejagat membisu dan hanya segelintir yang sanggup bangun menentang Yahudi laknatullah.

Dunia arab tidak bersatu, dunia islam arab mengambil sikap tak apa….inilah yang dimaksudkan “Kita umat Islam sudah lupa..” Lupa akan perjuangan Rasulullah dan para sahabat. Sejarah tertera lebih seribu tahun yahudi dihalau dari bumi arab yakni ketika zaman Khalifah Umar r.a.d. lagi. Tetapi Yahudi kembali ke bumi arab pada tahun 1948 dan sehingga kini merupakan duri yang semakin berbisa dibumi arab. Siapa nak menjadi Umar dan para Sahabat kini untuk mengusir Yahudi dari bumi Arab? Nampaknya meleset sahaja. Selagi kita umat Islam lupa akan perjuangan Nabi dan para Sahabatnya, selagi itulah kita umat Islam akan tidak digeruni oleh kafirun terutama puak-puak Yahudi, musuh utama umat Islam.

Kita perlu kembali kepada yang hakiki. Kita perlu merapatkan hubungan kita dengan Allah swt. Baru kejayaan akan dikecapi. Kita akan dapat hubungan terus dengan Allah dengan cara Nabi s.a.w. Kehendak kita bagaimana seluruh manusia seluruh alam dapat hubungan terus dengan Allah swt.

Dua perkara perlu kita masukkan dalam hati kita iaitu.
a. Kejayaan dalam mentaati perintah Allah
b. Kejayaan itu akan kita dapat apabila kita melaksanakan mengikut cara Nabi s.a.w.

Namrud apabila telah membuat keputusan untuk mencampakkan Nabi Ibrahim dalam ungunan api, Allah perintah api secara langsung menjadi sejuk. Ini berlaku dengan kehendak Allah, dengan kudrat Allah. Kita perlu mengajak seluruh manusia seluruh alam kepada Allah, setiap saat inilah fikir kita, duduk bangun kita perlu kita bawa fikir Allah.

Apabila kita jadikan maksud Nabi maksud hidup kita, kekuatan Allah akan bersama kita. Satu kekuatan datang dari mahluk Allah dan satu lagi kekuatan yang datang terus dari Allah. Kita perlu yakin dengan zat Allah. Kita jangan takut dengan kebatilan, dengan apa kekuatan yang ada pada mereka. Semua usaha batil tidak boleh buat apa-apa. Semua yang berlaku dengan kehendak Allah. Apabila kita buat usaha dengan cara Nabi s.a.w., yakin kita akan bertambah. Kita perlu nafikan selain dari cara Nabi s.a.w. , tidak boleh buat apa-apa. Apabila kita bergerak dan bercakap mengenai perkara ini setiap masa maka Allah akan bersama kita. Inilah kekuatan para sahabat yang mendapat pertolongan Allah secara terus dengan mengikut cara Nabi s.a.w. Kita kini jadi semakin lupa, kita tinggal cara Nabi, kita ikut cara kufar maka yahudi tidak gentar dengan kita umat islam. Mereka melapah kita sewenang-wenangnya. Ayuh, kita kembali kepada Allah. Kita kuatkan yakin kita akan zat-zat Allah. Kita minta pertolongan hanya dari Allah bukan dari mahluk.

Ingatlah Allah bersama kita yakni kepada mereka yang yakin. Hari ni bapa kita, ibu kita, saudara-saudara kita, tidak tahu Allah bersama kita. Kalau Allah bersama kita apa yang kita dapat? Apabila Allah bersama kita kita, seluruh ciptaan Allah kita akan dapat. Hari ni kita tidak tertumpu pada zat Allah. Setiap masa kita perlu minta dan minta kepada Allah. “Wahai Rabb, rahmatilah kami, kasihanilah kami”. Kita perlu lihat contoh seorang polis samada dia seorang yang taqwa atau tidak, samada mengajak kepada Allah atau tidak. Jikalau dia tidak tertumpu kepada Allah, jangan tenguk keburukkannya. Macamana amal orang awam maka begitulah amal pemerintah kita. Allah s.w.t. tenguk hati semua orang. Keputusan sesuatu negara oleh Allah bergantung kepada orang awam samada orang awam ada amalkan agama atau tidak. Macam mana amalan orang awam negara itu, itulah keputusan Allah. Kita juga kena nafikan yang kita tidak boleh buat apa-apa. Semua negara dalam dunia, semua tentera mereka tidak boleh buat apa-apa, tidak boleh memberi keselamatan kepada diri dia dan negaranya. Kita tak boleh buat apa-apa kecuali dengan kudrat Allah. Kita meminta kepada Allah. Yakin kita hanya kepada Allah. Kita perlu balik kepada yang Hak untuk mencapai kejayaan, yakni kepada Allah s.w.t.

Kelemahan kita ialah kita tidak biasa setiap masa minta kepada Allah samada mengenai diri kita atau mengenai manusia seluruh alam.

Waallahua’alam.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





godam dalam kotak

17 01 2009
cencaru makan malam

cencaru makan malam

setiap detik berlalu, banyak pengajaran yg buleh diperolehi. samada dengan secara formal atau tidak, kehidupan mengajar.

masa menjadi penentu.
di zaman menjentik tikus ini maklumat dan masa menjadi dua dimensi yg sangat penting. maklumat yg tepat pada masanya adalah aset yg sangat berharga. jika tidak kena pada masanya, maklumat yg berharga buleh jadi basi. maklumat bukannya hanya kata2 sahaja, tetapi perlulah disertakan dengan bahan bukti.

bila diberi teguran, seribu macam alasan akan diberi sebagai penafiaan. ya lah, siapa yg hendak mengaku berak ditepi jalan, ya tak ?

begitulah juga yg berlaku dalam keadaan2 ini:= 

1.  semasa membuat pendaftaran secara online kepada acara yg dianjurkan seperti tajuk diatas, maklumat2 dipaparkan didapati untuk tahun 2008. oleh kerana telah menjadi kebiasaan menegur mana2 yg didapati tidak betul, terus sahaja email dihantar kepada yg berkenaan untuk membetulkan perkara itu. tapi sayangnya tiada snapshoot dibuat dan dikepilkan untuk dijadikan sebagai bahan bukti.  sejam kemudian, yg berkenaan menjawap email, “tiada apa2 masalah dengan pendaftaran setelah di cuba”. memang betul pun, bila dibuka kembali page tersebut, maklumat sudah tip-top. tiada lagi bahan bukti.

2.  beberapa hari lepas, bahagian pemasaran dimaklumkan tentang maklumat yg tidak tepat di website syarikat. mereka hanya dimaklumkan dengan email sahaja, juga tiada bahan bukti dikepilkan. mujur sahaja mereka mengakuinya dan berusaha utk membetulkan keadaan. 

yg pertama itu, mungkin sahaja selepas ditegur, mereka terus membetulkan maklumat yg salah. dan bila telah dibetulkan, barulah menjawap seolah2 tiada apa yg salah dipihak mereka. kerana tiada bahan bukti, tiadalah gunanya memanjangkan cerita.

bergantung juga kepada niat menegur. jika menegur supaya keadaan dibaiki, maka selesailah tugas itu bila maklumat telah dibetulkan. tidak payahlah nak bertegang urat utk berbalah.

tetapi, utk yg terlibat dalam pengurusan risiko dan kawalan dalaman, teguran2 perlu direkodkan dan dilaporkan. jadi tiadanya bahan bukti adalah sangat2 melonggarkan isu2 yg dibawa.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

akal budi dlm bermasyarakat

masyarakat melayu sangat mendalam dalam adap sopan dan ketertiban budaya. sungguh berbeza dengan budaya masyarakat arab apatah lagi budaya penduduk Nadj.





kita masih tertanya-tanya

9 01 2009

mengapa orang islam sangat lemah ?

mengapa orang islam sering ditindas, dihina dan dizalimi ?

mengapa orang islam tidak berupaya berbuat apa2 ?

mengapa ?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Diriwayatkan daripada Hazrat Abu HUrairah (r.a) beliau berkata bahawa Nabi (s.a.w) telah bersabda,

“Apabila umatku  mengagungkan dunia, kehebatan islam akan di cabut daripada mereka. Apabila mereka meninggalkan amr-bil-makruf dan nahi-’anil-munkar mereka akan diluputkan daripada keberkatan wahyu dan apabila mereka caci-mencaci antara satu sama lain,  mereka akan gugur daripada pandangan Allah (s.w.t) 

[dipetik dari kitab Durrul-Manthur hadith riwayat Hakim Tirmizi]





haru biru otak celaru

8 01 2009

[yaumul khamis] – day 12

dimasjid bersebelahan rumah, hampir setiap malam, imam akan membaca doa qunut semasa solat isya’ dan mungkin juga di waktu2 yg lain juga. setiap malam akan didoakan keselamatan penduduk gaza dan kemenangan bagi pejuang palestein. 

begitu juga ketika khutbah jumaat, dimasjid2 diriyadh ataupun masjidulharam. semuanya menyeru perkara yg sama. mendoakan keselamatan dan bantuan bagi penduduk gaza serta seruan supaya masyarakat dunia berbuat sesuatu agar serangan ke atas mereka dihentikan.

hugo chavez menampak kelakian nya, bila menghalau diplomat rejim zalim dari negara mereka.

muga2 usaha diplomatik utk menghentikan serangan2 keatas gaza akan berhasil.

muga umat islam satu hati dan satu suara. bangkit sebagai satu umat, satu barisan, menentang segala kezaliman.





dibulan januari

6 01 2009

minggu pertama di awal tahun. sekolah bermula lagi.

diwaktu begini, perlu banyak sabar dan banyak masa. selalunya ibubapa akan ambil cuti. apatahlagi yg punya anak berderet yg masih sekolah. setiap satunya mahu di tengukkan, lebih2 lagi yg baru mula tahun 1.

memang meletihkan, kesana kesini, antara sekolah rendah, sekolah agama dan sekolah menengah.

begitulah dirumah itu. anak2 semuanya bersekolah dari yg sekecil2 nya di tahun 1 hinggalah si kakak yg mula ke kolej. walaupun abang di tingkatan 4 boleh berjalan kaki dan adik2 sekolah rendah naik bas, tapi hari pertama persekolahan, semuanya perlu dijenguk disekolah masing2 untuk memastikan semuanya selamat terutama sekenit sorang tu.

abang uda yg masuk ke tingkatan 1 bersekolah petang. paginya dia diminta tolong naik bas bersama adiknya ke sekolah agama untuk menunjukkan tempat turun bas dan naik bas kerana emaknya perlu menghantar kak long ke stesen LRT utk ke kolej seawal 6:30 pagi.

bila emaknya pulang, didapati abang uda ada dirumah. rupanya dia tidak naik bas bersama adik seperti yg diminta. bila ditanya kenapa, hanya terkebil2 saja dia.

bila di jenguk ke sekolah agama, alangkah terkejut emaknya, kerana adik yg disangka telah sampai ke sekolah, tidak ada di kelas yg sepatutnya. aduhai…ini lah benda2 yg ingin dielakkan. kemana lah pulak si kenit ni.

di taman itu ada dua sekolah agama. satu di atas bukit dan satu lagi dekat dengan rumah. adik sepatutnya ke sekolah yg dekat dengan rumah. bila ke sekolah di atas bukit, tidak pulak kelihatan adik di mana2.  semakinlah bertambah kerisauan dan bunga2 kesedihan mula mekar dihati….aduhai, kemana pulak si kenit ni..nak nangis dah ni…

bila di tanya abang yg bawa bas, dia menjawap, “macamana nak kenal ? semuanya sama..baju putih, kain hijau dan tudung putih. sama saja semuanya. tak perasan pulak dia turun dimana samada diatas bukit atau yg satu lagi”.

dengan penuh harapan, emaknya pergi lah semula ke sekolah diatas bukit dan masuk ke setiap kelas tahun 1, satu demi satu. nama adik dipanggil di setiap kelas…dan..alangkah gumbira nya dan terharunya, adik di jumpai di dalam salah satu kelas, baik aja duduk diam2 …..aduhai anak aku…

adik pun dibawa kesekolah agama yg sepatutnya.

hari ini, abang uda naik bas bersama adik. dan setelah memastikan adik masuk ke kelas, dia pun pulang berjalan kaki. jauh juga tu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

emaknya :     next year kan bang, make sure awak ada masa start sekolah..cutilah masa tu..

ayahnya :     yer ler… tu hari kan saya kata nak cuti Januari, tapi suroh balik raya haji jugak..

emaknya:     iyo lah…jgn lah kata ‘kan saya dah kata’..sedihlah…. i know..lesson learned.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ayahnya : tina, tau tak nama sekolah agama ?

tina : emmm….entah..

ayahnya : cuba ikut ayah cakap, an-nur… an-nur…cuba cakap.

tina :  an-nur….

ayahnya : ha.a…pandai pun…nanti kata kat abang bas tu, saya nak pergi sekolah an-nur yer…

tina : ok.





kecut dan mungkin sudah hilang di sambar helang.

4 01 2009

saker-falcon

bila melihat berita2 saudara seislam dibunuh sewenang2nya, semakin bertambah kemarahan kepada rejim zalim. orang ramai menunjuk perasaan menentang kezaliman dengan berarak dan membakar bendera rejim si laknat.

kesedihan bertukar menjadi kemarahan bila kezaliman tidak henti2 dan seluruh dunia seperti tidak dapat berbuat apa2.

dendam terhadap kezaliman semakin membara. inilah benih2 yg akan menjadikan suburnya barisan penentang.

namun bagi pencinta dan pejuang sebenar, hanya menunggu arahan dari pemerintah dan pemimpin negara.

cuba bayangkan, negara2 yg bermegah dengan kekuatan tentera dan ekonomi mengakui gagal utk melumpuhkan barisan penentang yg hanya bergerak  secara sendiri2, bagaimanakah mereka boleh mengalahkan negar2 islam jika negara2 ini bersatu dalam menentang rejim zalim ?

sayangnya, masih tiada pemimpin mana2 negara islam yg berani untuk menentang dengan erti kata sebenarnya. walaupun negara2 islam antara negara kaya di dunia, tetapi semua nya seperti ketakutan untuk menunjukkan penentangan sebenar, hanya mengutuk2 di sana sini.

selagi tiada arahan dan seruan dari pemimpin, penentangan secara kecil2an dan sendiri2 hanyalah seperti memboikot barangan2 dari syarikat yg ada kaitan dengan rejim yg  zalim, spt  ada seruan untuk memboikot pepsi.

di zaman Nabi, dengan bersatu hati.  orang islam berjaya melemahkan yahudi dengan memboikot barangan2 mereka. di zaman ini, semuanya tidak jadi sebab masing2 ada agenda sendiri. 

bagi pencinta dan pejuang agama, arahan pemimpin negara untuk berjuang menyelamatkan saudara seislam adalah panggilan untuk mempertahankan agama. itulah panggilan j1had.

di mana agaknya anu si pemimpin2 negara orang islam ? barangkali sudah kecut atau sedang dipegang oleh pak semak atau mungkin sudah hilang disambar helang padang pasirrr……