selagi hayat di kandung badan.

30 10 2008

Selagi ada waktu
[Doel Sumbang]

Kita di kembarakan
Dalam waktu yg singkat
Ingat apa yg harus kita perbuat

Selagi ada waktu
Tinggalkan yg tak tentu
Mari kita menuju
Pada jalan yg satu

Jalan yg penuh rahmat
Jalan yg penuh berkah
Jalan yg penuh nikmat dan penuh maghfirah

Hidup dengan Agamanya
Mati dalam Agamanya
Berbahagialah nanti dikehidupan abadi

Kita dikembarakan
Dalam waktu yg singkat
Lalu apa yg sudah kita perbuat ?





ke mana ?

27 10 2008

walau jauh telah berjalan

merata negara merata sempadan

 

walau ke benua kecil india

mahupun ke benua  megah eropah

 

ke alam nusantara penuh misteri

atau pun ke ceruk2 negeri sendiri

 

kemana juga ku kembara

hujung dunia atau solok desa

 

tidak terbanding tidak setara

dari duduk di samping dia





Ambillah nasehat walaupun dari dinding*

25 10 2008

[* pepatah arab]

Banyak yg buleh di pelajari dari kejadian sehari2 samada dari orang2 sekeliling kita, kejadian alam, malah dari kehidupan binatang dan haiwan2 melata sekalipun.

Bukan perlu tunggu duduk di kelas, ataupun bilik2 seminar ataupun menghadiri persidangan2 antarabangsa. Guru2 tidak rasmi ramai disekeliling. Cuma perlu peka dan berlapang hati untuk menerima.

Cuma perlu pastikan pintu ilmu tidak tertutup.

Pintu ilmu akan tertutup, jika kita mengatakan kita sudah tahu ! Namun selagi kita berkata, kita perlu belajar atau saya masih belajar, walau dalam apa bidang pun, maka selagi itulah pintu ilmu masih terbuka, dan kita akan di ajar melalui pelbagai cara, melalui pelbagai orang dan pelbagai peristiwa.

Tidak mustahil kita buleh mendapat ilmu hatta dari pengemis atau penyapu jalan sekalipun.

Semuga ego tidak menghalang kita dari menerima ilmu dari Tuhan.





di mana kamu

23 10 2008

kemana2 ku cari

terpinga2 ku cari

disana sini ku cari

menghidu2 ku cari

terjingkit2 ku cari

tertunggu2

termanggu2

tersendu sayu





If You Can’t Win the Case, Buy an Election and Get Your Own Judge

21 10 2008

- ehh… u ni cakap tentang hal semasa ekkk ?

+ haa ? ehhh…tak lah….hal apa pulak ni ?

- tu…tajuk tu..

+ oo…itu tag line john grisham tu, dalam buku baru dia lah, the appeal, bahan bacaan i di sungai tu…

- wah…amboi u ni, suka membaca kat sungai ekkk…tentu mendamaikan fikiran ekk..

+ hahaha…. iyo lah tu, entah la.. yer la kot

- eehh…betul ke u ni, tapikan kat negeri kita pun dah jadi lebih kurang mcm buku tu lah..

+ ooo…macamana tu ? 

- alaaa..macam tu lah, kalau nak pastikan menang kes mahkamah tu, pastikan hakimnya orang yg buleh mendengar cakap. alaaa..bukan u tak tau, bukan kah itu hari diorang lantik orang dia menjadi antara hakim terkanan..

+ o..ha ah ekk..

- macamlah takde lagi hakim2 kat malaya tu yg buleh buat kerja..dari luar pulak tu, bukannya hakim2 sediaada…

+ emmm…. ha ah betul tu

- so…bila hakim perdana bersara nanti, dilantik lah orang dia tu jadi hakim perdana. haa.a.. kan senang nak pastikan keputusan kes2 penting berpihak pada dia 

+ ooo…gitu…masalah negara tu kan…tak tau lah i, yg i tau, i ni suka membaca…sebab tu bila ke sungai pun i membaca…tapi apa kita nak buat ekkk ?

???





sungai untut mengalir lesu

18 10 2008

Arus pembangunan terus berjalan dengan pesat. Di padang pasir ini, setiap hari kelihatan bangunan baru dibina. Ar Riyadh makin rancak dan semakin berkembang. Tanah2 keras kering kontang bertukar menjadi hutan2 batu. Ikut bercambah ialah, gudang2 perniagaan yg muncul bak cendawan tumbuh selepas hujan. bagi yg hobinya membelibelah, disini lah syurga nya. cakaplah apa saja, peratusan untuk mendapatkan nya sangat tinggi. Hanya perlu kaki yg kuat dan kesabaran yg tinggi untuk mengharungi berpuluh2 kalau tidak pun beratus2 pusat membelibelah.

Dipagi sabtu ini, sang suria muncul suram. Kabut menyelubungi pemandangan di lebuhraya. suhu pun tidak sepanas hari2 dulu.

Masuk saja ke jalan Mekah/NRR, kelihatan kereta berjalan perlahan dan dihadapan bersusun kereta, zammah jiddan ! Mungkin ada kemalangan diwaktu2 jerebu begini apatah lagi semuanya memecut paling kurang 120 km/jam.

Keputusan di buat utk terus masuk ke jalan AlOrouba bagi mengelak zammah, cuma kena beratur di isyarah lah pulak dan bersabar saja dengan aksi pemandu2 arab yg datang dari kiri, kanan depan dan belakang untuk mencelah. Cuma dari atas saja tak de kereta yg datang.

Semuanya seperti tiada kesabaran umpama membawa pesakit tenat kronik yg dah nazak. Bayangkan dia mahu ke kiri, tetapi berada di barisan paling kanan (kerana kurang kereta di situ), dan di tengah lampu isyarat terus menghimpit ke kiri.

Menyumpah seranah lah sebanyak mana pun atau sebinggit mana pun hon di bunyikan, semuanya bagai makanan harian mereka.  Itu lah yg makin menyesakkan di pagi hari dan di masa2 puncak. Mungkin mereka yg sangat2 perlu terkejar kesana kesini seperti dia saja yg perlu menggunakan jalanraya di haramkan menaiki kereta dan di suruh naik unta atau kuda agar bebas masuk selit menyelit ke kiri ke ke kanan, melintang menegak tergolek terlentang. lantak lah. 

Tapi kalau tiba masa begitu, kereta2 juga sudah kurang jualannya, mungkin kena cari kerja lain lah pula kita ni pun..or balik kampung saja lah ya…

Sementara itu marilah menjaring matahari …





sentul pasar dalam

15 10 2008

ketika musim kering hampir berlalu, gelap malam semakin cepat menghalau siang dan makin lembab berangkat pergi di pagi hari. air di kali tidak lagi panas suam2 kuku dikala pagi, menandakan suis pemanas air perlu di buka sekarang untuk bermandi manda dipagi hari.

namun hari yg datang, bersemarak bercahaya, limpah rahmat yg Maha Mulia. semua bagaikan mengikut rentak tari mistikal penuh senada berirama. tiada yg janggal. 

ceria dan gumbira menambahkan seri hari. syukur nikmat dianugerahi tanpa henti. syukur lagi dan lagi. muga terusan begini tiada lara keciwa atau prasangka yg hanya menambah siksa di jiwa. 

masa terus berlalu tanpa ada lampu isyarah yg bisa menghentikan detik waktu. detik demi detik semakin menyingkatkan kehidupan dialam fana ini. detik demi detik semakin hampir pada titik noktah terakhir kehidupan yg pasti tiba. tanpa sangsi tanpa ragu, ianya pasti dan pasti. singkat hidup bagaikan diantara azan dan  qamat, hanya 25 minit. titik. apa yg mungkin di buat sesingkat itu ?

peluk lah, dakap lah, genggam lah dan gigit lah segala nikmat yg diberi cuma pinjaman hari ini. esuk mungkin diminta kembali. ketika itu redha dan redha lah. aku dan kamu saling meredhai. kerana kita tidak punya apa2 sebenarnya, kosong tangan kosong dada, hanya nikmat sebentar sebagai pinjaman jangka pendek. mungkin 60 – 70 tahun sahaja.

peganglah, genggamlah kesahihan iman yg luhur murni dan amal penuh kesolehan tanpa ada ragu dan haru biru…

dunia banyak menipu !





jalan haji saleh

14 10 2008

ingin ku ke padang putih salju

menyapa angin sejuk di kuku

 

ingin ku ke padang teritis

merasa rintik hujan menitis

 

ingin ku ke pantai penarik

hidup santai dipanas terik

 

ingin ku ke sentul

makan rojak minum cendul

 

ingin ku tersekat disini

cuma bayangan maya mentari





menyusur lebuhraya kehidupan

13 10 2008

Sepanjang Jalan Ke Pulau Pinang

(Zurinah Hassan)

Sepanjang jalan ke Pulau Pinang
Laut mengimbau sayu
Ombak ombak ini hatiku
Berhasrat tiada sepi

Sepanjang jalan ke Pulau Pinang
Hujan memberi lagu
Angin menampar
Setiap ruang angkasa
Berhiba awan pilu

Aku antara insan beribu
Airmataku antara laut lepas
Laguku hilang di angin menderu
Pecah di pantai terhempas

Sepanjang jalan ke Pulau Pinang
Hatiku terjun ke air
Mencari tempat tempat bagiku
Aku seorang pelarian

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

kesempatan bersama ayah dalam perjalanan ke pulau pinang melalui lebuhraya plus, mengimbau kembali erti kekeluargaan dan menyusur susur galur keluarga.

dikala aku memandu kereta di lebuhraya plus, ayah membawaku melalui lebuhraya kehidupannya. diselak kembali susurgalur dari atok-atok dan opah-opah, membuka lembaran sejarah keluarga sehelai demi sehelai. apatah lagi bila jalan yg dilalui ke pulau pinang melalui tempat2 yg pernah hadir dalam hidup ayah.

walaupun dalam keluarga, aku antara yg agak berminat dengan salasilah dan selalu bertanyakan asal-usul keluarga, malah yg agak rajin juga mencari saudara mara di segenap cerok rantau, entah bagaimana buleh terlepas pandang beberapa fakta. bila ayah membuka kembali cerita, barulah aku tahu yg  keluarga kami bukan hanya berasal dari batubara tapi juga ada darah banjar dan bugis.

mungkin ayah dah tak berapa larat nak memandu jauh2, tetapi amat bertenaga bila mula bercerita tentang keluarga  dan aku bagaikan tidak jemu2 mendengar sebagaimana ayah tidak jemu2 bercerita.





siapa idola kamu, superstar ? honeystar ? hollywood ? bollywood ? plywood ?

7 10 2008

 

semasa menempel dengan rombongan dari malaya yg terdiri dari pak tani, tokey kedai runcit, polis pencen dan ustaz yg bergerak di Midland, England dan kemudiannya ke German, ada seorang pakcik dari Batu Pahat bercerita: “orang2 ni ramai yg bercerita ttg Hollywood lah, bollywood lah, aku cakap dengan mereka, aku ni orang kampung, tak tau pun ttg hollywood ke bollywood ke, yg aku tahu cuma plywood aje !’

how simple is his life ? kita sekrang terlalu banyak memikirkan perkara2 yg mungkin tak perlu sebenarnya dalam kehidupan dan pasti saja tidak memberi menafaat di kehidupan yg akan datang. bukan setakat memikirkan saja, tapi telah beramal dengannya. yg perlu –  ditinggalkan dan yg tak perlu –  di usahakan sungguh2. mmg lope, di zaman kelibut hari semakin ribut ini, semuanya mahu pantas dan cepat, tak terlarat hendak di pikul semuanya, kadang2, yg dikendung berciciran yg dikejar tak dapat2. kera di hutan di susu kan , anak di pangkuan mati kehausan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

satu surat muncul di peti surat ini hari ! mengenai jenggut dan lelaki. mengenai pilihan dan pemahaman. mengenai hasrat dan impian. mengenai hilangnya pedoman.

 

james pun dah berjenggut

james pun dah berjenggut, pernah kena tahan di heathrow kerana disyaki penganas..

bila di tunjukkan si james berjenggut pada anak2, mereka kata:” wah… ayah tiru dia ekk ?”

- ehh… tak lah bukan ayah ikut dia, dia yg ikut ayah …hahaha.

seperti nya gua tidak mahu ambik port hal lelaki yg mahu muka nya bersih seperti ratu cantik se entero dunia atau juga orang yg suka pada orang2 lelaki yg begituan, gua sangat berharap juga orang lain tidak mempertikaikan pilihan orang2 yg mahu berjenggut. kalau saja tidak mahu disebut lelaki2 yg memilih untuk berlicin habis sbg ‘macam peremp aje’ atau ‘ek eleh macam bapok lah lu’ begitu jugalah hendaknya kamu2 tidak memperlekehkan yg memilih berjenggut sbg ‘khambeng !’ atau lain2nya, yer tak ?

jika di lihat hanya melalui wajah, apa kah yg membezakan lelaki dan perempuan ?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

My Beloved Beard

Life has really changed.
Gone are the days…
Where people used to say
‘Aww your face is so sweet and smooth’.

Gone are the days…
Where it took ages,
To shape my sideburns
And shave all the facial hair

Gone are the days…
Of beauty, charm and attraction
As the beard is now,
A symbol of terrorism and backwardness.

People see me now,
As something strange and weird.
My relatives often make fun of me,
By asking … who broke your heart?

My distant friends ask me,
Did you join any terrorist camp?
My close friends at times make fun of me
‘Hey man, blades are very cheap nowadays’

Women often ask me,
Why don’t you shave that ugly beard
And be like a charming superstar?
You look boring!

I feel sorry for my sisters
As their minds are now totally corrupted
Inside the web of clean-shaved star icons,
As they’re the new age ‘trend setters’.

But very few know
That I follow a superstar.
His name is Muhammed (pbuh),
The forgotten hero.

And I have no regrets
As he has taught me,
‘This world is prison for a believer
And paradise for a non-believer.‘

So wake up, O muslim youth !
Remember our heroes – The Prophets and the Sahabahs
Remember, this world is a testing place
And don’t let your senses to deceive you.

So be proud to imitate,
The Prophetic style
For he has commanded us,
‘Grow your beards and trim your moustaches’.

And he who loves his Sunnah,
Has indeed loved him.
And he who loves him,
Will be with him in Paradise