Penantian

25 09 2008

Penantian


Berapa lama mesti kunanti Sinar cahaya matamu 

Gemerlap bagai bintang 
Menghiasi malam Malam yang menutup diriku
Berapa lama perlu kutunggu 

Lontaran suara dari bibirmu 
Memecah hening taman Taman syurgawi 
Pada sebuah hati yang sepi
Penantian suatu siksa 

Yang tidak tertanggung 
Oleh tubuhku yang kering dan layu 
Kepastian suatu penawar 
Dalam suka dan duka 
Yang meniti hidupku….

 

Musim anak2 kembali menjenguk ibubapa dan sanak saudara telah tiba lagi. Ke bendang, ke kali, kegemersik pohon bambu, ke kicauan burung, ke bunyi cengkerik di malam hari dan ke kedamaian kampung yg sentiasa menanti. Namun aku adalah antara yg tidak punya tempat begitu dan pulang hanya ke kampung ditengah kota cuma tanpa hiruk pikuk hutan batu mungkinnya.

Pesawat2 ke Malaya penuh dengan anak2 yg ingin pulang berhari raya bersama handai dan taulan. Sebut saja, samada yg singgah di Dubai, Doha, Manama atau Abu Dhabi apatah lagi yg terus menerus ke KLIA tentu kelihatan ramai muka2 melayu.  Bagi yg terus tentu saja tanpa kebosanan dan kegelisahan menanti penerbangan. Bagi yg singgah ini, masa menanti yg begitu panjang meletihkan segalanya. Tanpa tempat rehat yg enak spt di Abu Dhabi ini, membunuh waktu perlu kesabaran. Sangat tiada simpati para penguasa disini, dengan trafik yg begitu tinggi, ruang yg sempit ini bisa menyesakkan nafas, mungkin kerna oksigen juga telah berkurangan. Tambahan pula kemudahan  yg terhad kerana ruang yg terhad.

Mungkin rezeki, kenalan yg dicari sekian lama kebetulan naik pesawat yg sama. Kabar berita bertukar tangan menghilang tanda tanya terpendam sekian lama. Al hasilnya, perangai orang padang pasir ini, memang senang diduga, tidak kira disyarikat mana, jabatan apa, kerajaan atau swasta. Gaji ribu2, kerja tipu2.

Penantian juga kurang menyeksakan dengan capaian percuma ke alam maya ini.

[Abu Dhabi enroute to KUL @ 00:16 am ]





di bawa angin lalu..

24 09 2008

pernah menguap bersama2 ? bila kita menguap, ternampak orang sebelah pun menguap ? atau memikirkan perkara yg sama ? bila kita bercakap tentang sesuatu, lawan bercakap pun terpkir benda yg sama juga.. hingga ada yg kata, “Great minds think alike !”. atau bila kita dengar berita kematian, kemudiannya akan ada lagi satu lagi berita kematian ? fenomena apakah itu agaknya ?

begitu lah juga berita orang bercerai… baru membaca cerita sedih orang bercerai, dapat pula berita kawan lama yg baru saja bercerai…  kenapa dan mengapa, tidak lah pula diberitahu dan kita pun tidak lah mahu mengesa2 orang bercerita jika dia keberatan. dia yg selalu ceria dan kelihatan gumbira dengan keluarga ditakdirkan begitu pula. ye lah, cerita keluarga apatah lagi hubungan suami isteri tidak ramai yg mahu menceritakannya, apatah lagi konflik2 yg memalukan diri sendiri.

memang susah hendak dipikirkan mengapa setelah sekian lama bersama, hati buleh beralih arah. hanya orang yg mengalaminya sahaja yg mengetahuinya.

perkahwinan memerlukan banyak pengorbanan. setiap keputusan bukan buleh dibuat dalam tergesa2 atau mengikut nafsu amarah dan emosi. jika ikhlas dan benar2 mahu melihat perkahwinan kekal, tentulah segala pertelingkahan akan diselesaikan dengan perbincangan dan hati yg terbuka. dalam keadaan marah selalunya dorongan untuk mengatakan perkara yg mengarut sangatlah tinggi. suami akan cepat mahu melafaskan cerai dan isteri akan cepat meminta untuk diceraikan.

jika tidak buleh diselesaikan antara suami isteri, gunakan lah orang tengah yg buleh dipercayai untuk usaha mendamaikan. 

kedua2 suami isteri patut berusaha bukannya hanya disebelah pihak sahaja. tetapi jika ada agenda tersembunyi, seperti suami yg dah ada calun baru atau isteri yg dah jatuh cinta dengan orang lain, memang lah tak perlu nak dicakapkan lagi. apa usaha pun tak kan menjadi.

kesianlah pada anak2.

dan kalau dah terpaksa bercerai juga, para suami tu, jadilah seorang LELAKI SEJATI, nafkah anak2 tu jangan dilupakan. kalau tidak sama taraf lah  kamu dengan ABROK, BAPOK, KEDI dan yg sewaktu dengan nya. buang saja anu kamu ke sungai batang lupar, berik makan dengan bujang senang dan anak cucunya.

khalas !





Cendoi satu !

23 09 2008

Aiseh… dah tak boleh makan cendol ker macam ni ? Dah ada Geng Cendol buat hal pulak. Nak buat jahat pun jangan lah guna nama cendol…sensitip tu…

Cendol dengan pulut sedap juga yer.

Apalagi pulut bakar dibungkus dengan daun pisang macam stall kat Jalan Perhentian depan workshop keretapi Sentul. Alaa…Jalan Perhentian yg bersambung dengan Jalan Hj Salleh tu. Tapi mungkin stall tu pun dah tak ada agaknya. Sentul pun dah berubah sangat. 

Kalau dibulan puasa, bila tiba waktu berbuka, akan kedengaran siren dari workshop keretapi. Kuat betul hingga boleh didengar sampai ke Kg Chubadak.  Selain dari tinggal di quaters keretapi yg banyak di Sentul tu, ramai juga pekerja workshop keretapi yg tinggal di Kg Chubadak,  Kg Chubadak Tambahan dan Kg Chubadak Dalam.  

Bersebelahan Kg Chubadak ialah Kg Puah dan Kg Puah Seberang. Di Kg Puah Seberanglah orang2 yg telah pergi dahulu disimpan. Sebelum ada jambatan batu, ada jambatan kayu. Pernah sekali jenazah diusong merentas sungai kerana jambatan kayu telah rosak agak teruk.

Sentul akan terus berubah. Bukan stinggarden saja yg akan dihapuskan, malah dengar kabar kampung2 melayu seperti Kg Chubadak dan Kg Puah juga nampaknya akan hanya tinggal sejarah ditelan perubahan zaman.

[gambar dari sini ]





10 hari terakhir.

21 09 2008

Qiamullail..  

 

rembang Ramadan

makin banyak godaan

leka lara

 

sunyi malam

mencari rahmat meluas

redha Ilahi

 

LailatulQadar kembali

berbahgia lah pencari

sujud dirahmati

 

sejuk mentari

menyinar bumi syahdu

pagi hari

 

mengintai2 malam Al-Qadar

[21 Ramadan 1429]





One man’s meat is another man’s poison

19 09 2008

Manusia ini pelbagai ragam nya. Ada yg suka makan spaghetti bila orang ramai makan nasi. Ada yg suka melayan diri didalam sunyi dan sepi sementara orang lain riuh rendah bercerita ceriti. 

Ada yg suka melayan Facebook dan ada yg asyik  dengan Myspace. Ada yg ketagih Friendster sementara yg lain hanya  mengolah blog.

Setiap satu ada kelainannya.

Tak kuaso lah den nak melayan bendo2 yg memerlukan komitmen tahap tinggi. 

Kek sini ajo lah den. Ado maso tulis, tak do maso, takdo lah.





Bila mulut dibuka baru lah tahu jantan betina..ehhh

19 09 2008

Ada orang tidak tahu bila nak berkata dan bila nak berdiam diri. Kadang2 bercakap hanya for the sake of cakap saja. 

Ada diberitakan kisah Imam Shafie sedang mengajar di Masjidil Haram. Oleh kerana keletihan beliau telah menjulurkan kaki untuk meredakan.  Tiba2 datang seorang Arab dengan pakaian yg putih bersih dan begitu tertib bagaikan lagak seorang yg terpelajar. Imam Shafie segera melipatkan kaki beliau dan duduk dengan sediakala mungkin kerana menghormati orang yg baru datang.

BIla selesai memberi pelajaran, maka Imam Shafie membuka peluang untuk sessi pertanyaan. Pelbagai soalan ditanya. Orang Arab tadi juga turut bertanya. Namun soalan yg ditanya sangatlah tidak terbayang di kalangan anak2 murid dan kalangan orang ramai malah menunjukkan tidak berapa tahunya dia. Imam Shafie lalu melunjurkan kaki beliau semula sambil berkata “Tiba masanya Shafie merehatkan diri”.





harapan ini

17 09 2008





Saya Anak Malaysia

15 09 2008

Satu hari yg syahdu, sedang den menunggang kapcai 7 series di fly-over antara Jalan Ipoh dan Jalan Tun Razak, terlihat sebuah kereta sedang berhenti di atas fly-over itu.

Bila den dah dekat, kelihatan pemandunya sedang keluar melihat2 tayar kereta. Rupanya salah satu tayar sebelah belakang sudah pancit. Sebagai orang biasa, den berhenti untuk membantu.

Al kisahnya pemandu itu ialah bro Salim aka dR Sam. Ketika itu beliau sedang hangat dengan reggaenya bersama Musafir dan tentunya lagu kisah hidupnya yg telah dipatriotik-kan ‘Saya Anak Malaysia‘.

Den menawarkan diri untuk menukarkan tayarnya, sambil Sam memerhati. Setelah tayar selesai ditukar, Sam ambil sesuatu dari bonet kereta. Den ingatkan apo lah, rupanya dia bagi t-shirt Saya Anak Malaysia dengan lukisan Sam reggea sedang berlari di depannya. Den yg tak banyak cakap dari mula, hanya kata terima kasih. Bukanlah mengharapkan apa2, tapi orang dah bagi, terima kasih aja lah. Sam yg rendah diri memang senang di dekati. Setelah beberapa lama selepas itu, bila terjumpa Sam dimasjid2, dia selalu terangkan maksud dR SAM tu sebagai Dua Rakaat Selesai All Masalah. Dalam maksudnya tu, berkaitan iman/yakin dan amal.

Ada beberapa bait2 lirik Saya Anak Malaysia tu yg tempias kisah hidup den dan memang pun den dilahirkan ditahun Malaysia di asaskan, agak2 sebulan dua gitu. Jadi sahlah den ni anak Malaysia, sah wa la la’ ?

Sehari dua ini, keadaan politik Malaysia yg kucintai semakin bercelaru. Sehari dua ini, semingu dua ini dan sebulan dua ini, pelbagai perkara buleh terjadi.

Semuga selamatlah Malaysiaku dari mara bahaya dan kecelaruan serta ketidakstabilan.

Semuga Malaysiaku bebas dari korupsi, kebobrokan serta tangan2 penguasa yg hanya ingin memenuhkan kantung dan tembolok masing2.

Semuga Malaysiaku terus aman damai dengan rakyat berkasih sayang sesama sendiri serta bantu-membantu kepada kebaikan.

Selamatlah Malaysiaku !

[menjelang 16 September]





Murah rejeki.

14 09 2008

Ramai orang yg murah rezekinya dibulan yg mulia ini.

Rezeki yg nyata berbentuk riyal, ringgit atau dollar nampak dimata. Pandai sungguh orang mencari2 peluang. Buka gerai sana sini. Di bazar Ramadan, di simpang jalan atau dibawah pokok sekali pun. Kalau dah dapat port yg cantik, memang tak akan dilepaskan begitu saja.

Kalau dikatakan begini :

“Cik cik, mengapa berniaga di sini ? Kalau berniaga kat simpang tu kan untung, buleh dapat ramai pelanggan. Kalau cik berniaga kat sana, buleh untung berlipat kali ganda tau !”

Bagaimana agaknya reaksi cik peniaga tu ya ? Tentulah esuknya awal2 lagi akan ke tempat yg dimaksudkan.

Bagaimana pula reaksi bila dikatakan solat di masjid dapat 27 kali pahala ? dan dibulan Ramadan ganjaran amalan fardu digandakan sebanyak 70 kali.

Alaa…penat lah puasa ni. Solat dirumah aje lah… 

Cik Oiiiii….. 27 x 70 = 1890 kali ganda ganjaran tak mau ker ?????

Ehhh…. kenapa nak berkira2 ni nak buat amalan. Bukan kah tak ikhlas namanya tu ?

Wah..wahh..  kalau benda donia yg nampak depan mata ni, bukan main berkira ye..asyik nak untong aje, tak nak rugi…segala benda nak di perkirakan…setiap sen dikira. Kalau amalan utk akhirat tu, pahala utk bekalan akhirat, ambil sembrono aje..buat tak kisah..jadi minimalist terus-terusan….buat yg wajib aje beb. Banyak cantik lu punya muka !…

Mau balance lah… kalo donia kita tak mahu ketinggalan, akhirat jugak harus mahu maju membangun… 

Ayuhlah ….makmurkan masjid2 dengan amalan2 fardhu dan sunat…jika tidak dapat..solatlah berjemaah dimana2 yg sempat….

 

[jika sesuatu amalan itu diberitakan banyak ganjaran nya, bermaksud itulah amalan yg Allah suka !]





Lain padang lain belalang

12 09 2008

Jumaat

Jumaat merupakan hari perjumpaan kami malaysie yg tinggal di bangunan yg sama. Setelah seminggu sibuk dengan kerja masing2, hari Jumaat kami bertemu utk sama2 ke masjid. Kami biasanya ke masjid yg satu ini, sedikit jauh jika berjalan kaki, tapi cuma 5 minit dengan kenderaan. Di masjid ini, kebiasaanya setiap jam 11:45 pagi imam akan tiba dan terus ke mimbar dan memberi salam. Kemudian muazin akan berazan. Khatib baca kutbah sehingga jam 12:00 dan solat dimulakan. Lebih kurang Jam 12:15 pm, selesai. Begitulah sepanjang tahun. 

 

Igal

Igal

 

 

Di masjid, kebanyakkan orang tempatan memakai jubah tobe dengan syimagh(merah) atau ghutra(putih) dan igal. Imam dan orang alim, kebanyakkan nya tidak memakai igal. Imam juga ada jubah lain yg di pakai berwarna coklat. Siapa yg rajin menonton solat terawih dari Masjidil Haram setiap malam di RTM1 tentu akan paham bagaimana pakaian imam yg dimaksudkan itu.

Boleh di katakan kita akan melihat warna putih dan merah sahaja di masjid. Hanya orang2 Ajam atau Arab non-sauid yg memakai pakaian lain.

Solat terawih

Solat terawih di kebanyakkan masjid di buat 8 rakaat diikuti dengan 3 rakaat witir. Tiada bacaan2 atau doa diantara 2 rekaat seperti di masjid2 kita. Di rakaat terakhir witir akan di baca doa Qunut setiap hari tidak seperti di Malaya yg membaca hanya selepas hari ke 15 Ramadhan. Juga tidak seperti kita, doa Qunut dibaca sangat panjang, malah ada yg kata hingga 10 minit. Orang melayu kata, mereka ni baca doa Qunut panjang kerana untuk cover sebab mereka tidak membaca doa Qunut semasa waktu suboh. Jenaka mungkin.

Bila keluar negara, antara persediaan yg perlu ialah untuk memahami dan menerima amalan2 yg lain dari biasa kita amalkan. janganlah pula mengikut membuta tuli. Belajarlah, muga amalan yang dibuat ada asasnya dari Quran/Hadis atau fatwa ulama dan bukannya hanya ikut-ikutan semata2.