O Tuhan…bantulah dia ini !

31 08 2008

Oh Tedah !





menanti Ramadhan Kareem

30 08 2008

[catatan sementara menanti pengistiharaan tarikh bermulanya Ramadhan.]

hari ni adalah hari melihat anak bulan baru…bulan Ramadhan yg ditunggu2..

buat kekasih2 yg sentiasa merindu, inilah kesempatan yg tidak patut dipersia2kan. melimpah ruah rahmat menunggu untuk sesiapa yg mahu.

berganda2 pahala untuk setiap amalan. inilah masa menunjukkan kecintaan. banyaknya pahala diberi menunjukkan betapa dicintai bulan ini oleh Maha Pencipta. setiap amalan sunat diganjarkan dengan pahala amalan fardu, dan setiap amalan fardhu digandakan sebanyak 70 kali ganda.

Kitab Fadhail Amal yg telah lama tidak dijenguk mengingatkan kelebihan Ramadhan yg mulia dalam satu hadis Nabi saw. Bacalah keterangan hadisnya di sana.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hazrat Salman R.A berkata bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda kepada kami pada hari terakhir dari bulan Sya’aban :

“Wahai manusia! telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi berkat. Satu bulan yang terdapat di dalamnya satu malam (Lailatul-Qadar) Yang lebih baik dari seribu bulan. Satu bulan yang Allah S.W.T telah menjadikan puasa pada siang harinya sebagai satu amalan fardhu dan berdiri pada malamnya(bertarawikh) sebagai satu amalan sunnat. Sesiapa yang cuba menghampiri Allah padanya dengan mana-mana amalan sunat maka seumpama seorang yang telah menunaikan satu fardhu pada bulan-bulan yang lain dan sesiapa yang menunaikan satu fardhu didalamnya adalah seumpama seseorang yang menunaikan 70 fardhu pada bulan-bulan yang lain”

Ia adalah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran adalah syurga. Ia adalah bulan simpati. Ianya bulan yang ditambahkan rezeki kepada orang-orang yang beriman. Sesiapa yang memberi seseorang yang berpuasa untuk berbuka, maka ia merupakan pengampunan untuk dosa-dosanya dan kelepasan diri dari neraka dan dia mendapat ganjaran puasa orang tersebut tanpa mengurangkan sedikit pun dari ganjarannya. Sahabat-sahabat r.a. lalu berkata “Tidaklah setiap daripada kami mempunyai sesuatu untuk diberi kepada orang yang berpuasa untuk berbuka”, Maka Rasulullah S.A.W bersabda “Allah S.W.T memberi pahala itu kepada sesiapa yang memberikan walaupun sebiji tamar atau seteguk air ataupun sesisip susu kepada orang yang berpuasa untuk berbuka”

Ia adalah satu bulan yang pada bahagian awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya kelepasan dari api neraka. Sesiapa yang meringankan beban hamba-hambanya(Pekerjaan-pekerjaannya) pada bulanitu maka dia akan diampunkan oleh Allah S.W.T dan akan dilepaskan dari azab api neraka.

Perbanyakkan lah pada bulan itu empat perkara. Kamu meredhakan Tuhan kamu dengan dua perkara dan dua perkataan lagi yang tidak boleh tidak kamu memerlukannya. Ada pun dua perkara yang kamu dapat meredhakan Tuhan kamu dengannya adalah penyaksian bahawa tiada Tuhan selain dari Allah S.W.T. dan kamu memohon istighfar daripadaNya. Sementara dua perkara yang tidak boleh tidak kamu perlukannya ialah memohon syurga dari Allah dan meminta perlindungan dari api neraka.

Sesiapayang memberi minum kepada mana-mana orang yang berpuasa maka Allah S.W.T akan memberinya minum dari telagaku(Pada hari kiamat), dengan sekali minum, dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk ke dalam syurga.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ohh…sudah di umumkan melalui berita di Saudi-2, kerana anak bulan tidak kelihatan, maka bulan Sya’ban dicukupkan kepada 30 hari dan 1 Ramadhan 1429 jatuhnya pada hari Isnin 1 September 2008.

Ramadhan Kareem sahabat dan taulan, dimana jua anda berada ! 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Rujukan menarik: Batalkah puasa anda ? 





menjelang Merdeka

30 08 2008

pelbagai pesta diolah
menanti detik2
diujakan dengan liuk lentuk penari
ulaman suara lemak merdu penyanyi

saban tahun
di ulang2.

——————————————
Bonda senyum riang
Menerima bahtera merdeka
Putra putri sayang
Putra putri sayang
Sedang berjuang

Fajar telah tiba
Nan menyinsing membawa harapan
Tanah Semenanjung
Tanah Semenanjung
Permata nilam

Jiwa dan raga
Buktikanlah pada nusa bangsa
Supaya negara maju jaya
Aman merdeka

Duhai ibu pertiwi
Putra putri datang sujud bakti
Ingin menunaikan
Ingin menunaikan
Sumpah dan janji
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

jam 7:00 malam
wah..makan malam hari ni di hiburkan dengan pak2 menteri menyanyi di pentas utama dataran merdeka.

hebat bergoyang2…eh wahhh…

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

untuk mengingati Kemerdekaan boleh saja
tapi tolong pastikan esuk dan hari2 seterusnya, hal ehwal negara serta harta benda negara juga merdeka dari rasuah, salah guna kuasa serta berbagai kebobrokan pak2 menteri yg punya kuasa ya..

kalau tidak buek ponek ajo lah dok berdiri menyanyi2 menyambut merdeka dengan berkeghairahan yg tersangat… mengabehkan boreh ajo lah kata orang kampung den !





baju melayu singapura teluk belanga bertulang belut berinsang pari

28 08 2008

Memang betul tu Gee, mungkin lubang nya dah terbesau kot…asyik nak terbolos aje lah…

jadi ini lah workaround nyer. ..kasi kepit..hahahaha

dibikin begini.

hasilnya...

hasilnya...

Mok, baju melayu teluk belanga tu patut di panggil baju melayu singapura bukannya baju melayu johor..sebab di lahirkan di teluk belanga singapura..yer tak ? tapi mungkin masa tu, singapura pun tanah jajahan johor agaknya ekkk ??





Hujung minggu.

28 08 2008

Ritok kereja setengah hari bah…

Mun hari biasa pakey tobe ajak..(kinetok panas gilak bah..pakey putih ajak, kurang sikit bahang mentari), ritok pakey baju melayu. Mun sidak pakistani pakey baju kebangsaan sidaknya sehari2, kenak kitaorang sik buleh ooo..

Kamek suka nar pakey baju melayu teluk belanga bertulang belut. tapi nang leceh nye sigik ajak…nak pakey butang… waduh…waduh..tijah..seksa !

hari tok…ajak..ada jua lah dekat 5 minit nak pasangkan butang tok..tapi..sampey ajak di pejabat ..baru di usik2 sikit ajak udah terungkai balit…

tapi mujur lah masa nang turun tangga apartment, timbul satu idea, giney kah nak molah butang tahan lama lekat di lubangnya…

rahsianya ialah…… tapi tunggu sampey rumah duluk lah…sebab sudah lekat ni, mun kalo di buka, mmg susah nar nak pasang balit kelak…





dasarnya wanita

25 08 2008

Semasa berbual tentang keluarga dengan AlAseri, kami bertukar2 nama anak2. Nama anak lelaki nya Ibrahim. Den pun cakap lah yg mula2nya den pun nak namakan anak pertama den dgn nama Ibrahim. Tapi emaknya tiba2 sedih dan kata takut anaknya tu akan susah payah seperti susahpayahnya kehidupan Nabi Ibrahim (may peace be upon him). Den pun tak jadilah gunakan nama tu.

AlAseri kata, wife dia pun memang kata perkara yg sama. Malah mak mertuanya pun kata begitu. Tapi dia beritahu mereka supaya tidak mengingat akan kesusahan tetapi mengingatkan sifat2 mulia Nabi Ibrahim (may peace be upon him) spt hakim, alim dan sebagainya. Mak mertuanya masih tidak mahu memanggil anaknya Ibrahim tapi memanggilnya Hakim.

Well… begitu lah …. betapa kasih sayangnya wanita pada anak2…tidak mahu anaknya derita dan susah payah dalam kehidupan…tapi sayangnya pula tidak semua anak2 yang ingat kasihsayang seorang ibu.

Selamat Hari Wanita !

[1. Ada hadis yg menyuruh menamakan anak dengan nama yg baik2. Nama juga dikatakan sedikit sebanyak mempengaruhi kehidupan anak2 itu. Oleh itu salah satu tanggungjawap seorang bapa kepada anaknya adalah dengan menamakan anak itu dengan nama yg baik2.

2. Ibrahim adalah nama salah seorang anak lelaki Nabi Muhammad (may the blessing and peace of Allah be upon him) tetapi telah meninggal semasa kecil.]





Tipah tertipu..tertipu tipu tertipah

23 08 2008

Yaumul Khamis yg lepas, keluar berita di surat khabar disini mengenai kilang ijazah-palsu di negara Pakcik Sam yg juga melibatkan warga PakArab hingga menyebabkan penyiasatan oleh kerajaan.

 

Bila ditelek2 senarai yg disebutkan dalam berita itu, rupanya ada juga orang Malaya yg terlibat. Orang Malaya memang hebat dan tidak mahu kalah.

 

 

Jika anda mempunyai peranan dalam pengambilan pekerja di syarikat/organisasi tempat anda bekerja atau anda bertugas sebagai pegawai Sumber Manusia/Modal Insan di syarikat/organisasi anda, mungkin anda perlu melihat senarai itu, manalah tahu ada calun2 atau pekerja anda yg tercatat namanya disitu.

 

 

Oh ya..Semalam pun ada berita orang2 Malaya yang popular dan glamer bila muka masuk tv dan suratkhabar kerana dituduh memalsukan sijil2 akademik.

 





Souq As Samak (Pasau ikan)

15 08 2008

Pagi minggu adalah masa untuk kepasar.

Ada banyak pasar ikan di sini. Tapi sebab tak berapa nak tahu jalannya kerana tersangatlah rajin berjalan2 disekitar bandar ni, maka hanya satu pasar saja yg asyik diulangi. Kalau ikut King Fadh Road dari AlMamlaka (Kingdom Tower), keluar di exit Hyper Panda dan ikut service-road. Selepas Hyper Panda, ambil kanan  melalui Saudi Airlines di belah kanan sehingga isyarah. Jalan terus selepas isyarah sehinggalah jumpa isyarah satu lagi.  Ambil kanan sehingga nampak simpang ke kiri. Masuk kiri dan pasar ikan tu disebelah kiri.

Ikan2 yg di jual tak berapa bezanya di pasar2 kita. Ada ikan kembong, tongkol, kerisi, merah, kerapu, tenggiri dan juga ikan2 pelek spt Parrot fish.

Ketam, udang dan sotong pun ada.

Belian hari ni :

Kembong 1 kilo   = 10 riyal.
Kerisi  1 kilo   = 8 riyal
Sotong 1/2 kilo  = 8 riyal
Udang 1/2 kilo   = 14 riyal

Dipasar tu pun ada tempat menyiang. Sekilo ikan dicaj 2 riyal. Kalau ikan kecil, ada sikit mahal lah. Sambil menunggu ikan disiang, sambil2 perati lah sadiq2 benggali dan nepali menyiang.
 
Agaknya mungkin kerana permintaan pelanggan terutama Pak Arab, jika menyiang sotong tu, habis dibuangnya kepala janggut sotong dan tinggal putih aja. Kalau ikan besar pulak, biasanya hanya isi ikan akan di ambil. Kepala nya di simpan dan dijual pada sesiapa yg mahu. Extra pulus lah utk penyiang2 ikan tu.

Kalau sebelum ni selalu tenguk2 saja orang Indonesia atau Pinoy beli kepala ikan, teringin pula nak beli satu kepala hari ni. Bila ditimbang satu kepala ikan merah adalah kira2 3 kilo. 1 kilo 4 riyal.

Kepala ikan merah 3 kilo = 11 riyal
 

solosai….





Kurema dah berbunge (berbuah dah pung)

14 08 2008

 

Kurma segar baru di petik

Kurma segar baru di petik

Pagi tadi Sohel si coffee-boy, bawa segugus kurma yg baru di petik dari pokok didepan pejabat. Ada yg muda dan ada yg masak. Enak juga yg baru masak, masih lembut dan manis dan yg muda pula kelat2. Memang musimnya sekarang kurma berbuah dan akan masak ketika hampir Ramadhan.  

Pokok kurma memang di tanam di mana2 di sini. Samada di rumah2, di taman2 atau di kawasan2 sekeliling pejabat. Malah di tanam juga di jalan2 raya samada highways, expressways atau byways. Tapi gred yg ditanam di pinggir2 jalan tentu lah tidak sama dengan yg ditanam di ladang2 dan kebun2.

Rotab (kurma muda) yg di jual ditepi2 jalan/kedai2.

Rotab (kurma muda) yg di jual ditepi2 jalan/kedai2.

Kurma memang banyak khasiat. Disebut dalam Quran dan juga Hadis Nabi.





sejuta kalau seribu mungkin.

13 08 2008

[heboh budak2 UiTM protes cadangan orang yg tidak punya apa2 'decision-power'untuk membuka kuota kepada non-bumi, mengingatkan den pada tawaran ITM untuk mengikuti pengajian 'Food Technology' suatu masa dulu. kepada anak2 pelajar UiTM, janganlah buat kecoh, MB Selangor tu tidak ada kuasa utk buat keputusan utk UiTM, apalah nak meng'habeh'kan boreh ajo tunjuk perasaan tu]

bagaimana yer kalau kita membuat pilihan yg lain dalam kehidupan ? dimanakah kita berada dalam  kehidupan kita ketika ini ? 

bagaimana agaknya kalau diterima tawaran ITM untuk mengambil jurusan Food Technology dan tinggalkan pengajian Matrik di sg petani tu dulu. mungkin sekarang sudah menjadi pengusaha industri makanan, membuka kedai roti TemBun atau kerja di kilang makanan.

tapi kan, mungkin kah akan bertemu my sweetie-hunny-cutie-lovely-darling dan bahgia dengan semua permata2 hati  kami ekk ?

Arrrgghhh….. benda apa yg telah menyelinap dalam pemikiran pagi ni ?

asyik dengan kalau dan mungkin tidak akan bawa kita kemana2. hadapi lah kehidupan dengan  cekal dan tabah. capai semua impian, tapi jangan lupa garis panduan MAHA PENCIPTA.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sejuta Kalau Seribu Mungkin

[dR SAM & Musafir]

lahirnya kita dengan khayalan
didodoi dalam buaian harapan
berkedipan bintang
masa hadapan
masa hadapan

dalam gelombang kehidupan
kita sering lupa kenyataan
hingga mendewakan hanya perasaan
hingga mendewakan hanya perasaan
hanya perasaan

sejuta kalau seribu mungkin
bahtera yang membawa
kita hingga dewasa

sejuta kalau
seribu mungkin
bermain di mata
beraja dihati

namun menjadisatu tradisi
sejuta kalau seribu mungkin

hingga kini kita masih berangan
untuk membetulkan kesilapan
warisan dari zaman ke zaman
warisan dari zaman ke zaman
zaman ke zaman

sejuta kalau seribu mungkin
bahtera yang membawa
kita hingga dewasa

sejuta kalau seribu mungkin
bermain di mata
beraja di hati

namun menjadi
satu tradisi
sejuta kalau seribu mungkin

namun menjadi
satu tradisi
sejuta kalau seribu mungkin