Makan2 di kampung Badui.
28 07 2008Siapa yg mahu merasa makanan authentic Nadj dengan suasana persekitaran tradisi masyarakat tempatan – Arab Badui, datang lah ke Nadj Village.
teringat zaman pinggan ayan dulu….
Comments : 7 Comments »
Categories : Padang Pasir
belia betul laa lu….
28 07 2008beberapa hari lepas, tersiar dalam berita rtm, seorang pemimpin Gerakan Belia 4B mengulas tentang muzakarah dua parti melayu/islam.
ada beberapa perkara pelik telah berlaku..
pertama :
pemimpin2 kedua2 parti tu di minta mengenepikan kepentingan polotik kepartian masing2 dan mengutamakan kepentingan orang melayu.pelik betul la….kalau dah namanya dari parti politik, macamana pula nak mengenepikan kepentingan politik parti masing2 agaknya ?
kedua :
semasa mengulas tu, ada di sebut, bangsa asing tak perlu curiga dan bimbang tentang muzakarah itu. bangsa asing mana lah pula pakcik ni maksudkan agaknya yer ? makhluk asing ?
[berita di Bernama ada lain sikit ler]
dan yg lebih pelik ialah bila dilihat kepada orang2 besau Belia 4B ni macam dah tak layak di panggil belia saja.
Comments : 1 Comment »
Categories : HalEhwal Dalam Negeri, Malaya
close encounters of the *toot* kind
26 07 2008[sebagai rakyat Malaya, tentu saja berita2 kedaulatan negara di permain2kan oleh negara lain menimbulkan kemarahan yg mengelegakkan darah den]
satu ketika semasa berjalan2 (dengan kereta) di Jalan Raja Laut, bila tiba dilampu isyarat berhampiran stesen LRT dan SOGO, lampu bertukar menjadi merah. Den yg memang peka dengan alam sekitar telah siap untuk berhenti. tapi adalah terlajak, terlambat brek, itu pun sikiiittt aja. orang2 yg hendak melintas, terutama yg di barisan depan, macam terkejut lah. macam den tak mahu berhenti pula. sampai kan seorang dari mereka telah menepuk kereta den sambil menunjukkan kemarahan dimuka nya. den pun tenguk lah dia. ehh.. macam kenal muka tu…den tanyo lah orang sobolah… ekau konal ko pakcik tu..mcm familiar aje muko eee. ehh.. tu kan si Rais bekas menteri tu…ooohh….
bila saja muncul pakcik tu kat Tv atau berita dalam paper, tentu den teringat peristiwa tu. setelah sekian lama di luar kerajaan, beliau kembali menjadi menteri kabinet.
““““““““““““““““““““““““““““““““
pakcik ni lah barisan hadapan utk menangani kerenah dari seberang tambak yg urusannya seperti asyik merugikan malaya. dan terbaru, semasa hilang pulau batu putih, pakcik kata takpa, kita dapat pulau satu lagi.
sekarang bila Exclusive Economic Zone pula di tuntut, pakcik tunjuk garang dan bagi amaran awal. teruskan pakcik, jangan biarkan hak negara di permain2kan. naik darah den mengelogak bila dongar berito2 macam tu.
Comments : 1 Comment »
Categories : Malaya
suatu pagi hujung minggu.
25 07 2008Mungkin kerana bio-clock masih tidak serasi dengan waktu tempatan, lepas sahaja isya’ mata sudah mula kuyu dan mulut asyik menguap. Maka tentu lah terus terlelap walaupun hanya baring2 di sofa. Dan se awal jam 1 atau 2 pagi sudah terbangun, terkebil2 melihat syiling.
Di musim panas yg suhu mencecah 44 darjah semalam, matahari terbit seawal 5:30 pagi dan cepat terasa bahangnya. Adalah lebih baik keluar pagi2 jika mahu ke pasar atau membeli belah.
Ayuh lah mencari ikan dan apa indah buat mengisi petiais yg sudah kosong !
Comments : Leave a Comment »
Categories : Padang Pasir
tempat berpayung
24 07 2008siapa yg tak punya masalah dalam hidup ?
samada masalah duit atau masalah di tempat kerja atau masalah keluarga dirumah atau masalah mengenai jiran tetangga dan masyarakat.
ada orang yg boleh menghadapi masalah dengan mudah, malah ada orang yg menganggap masalah adalah cabaran yg dapat memberi peluang peningkatan dalam hidup.
tapi ada yg tidak dapat menahan tekanan masalah, apatah lagi tanpa ada sistem sokongan yg dapat membantu.
bila masalah datang bertimpa2, tanpa sistem sokongan yg dapat mengurangkan beban tekanan, maka hancur lulur lah sistem pertahanan dalam diri.
kemana lagi tempat mengadu ? kepada siapa hendak di luahkan perasaan ?
adakah jalan2 penyelesaian telah tertutup ?
percayalah ! kalau pun tiada sesiapa pun yg hendak mendengar aduan kita. walaupun seperti tiada sesiapa yg dapat membantu, sebenarnya ada tempat kita hendak mengadu. ada yg sentiasa mahu mendengar semua aduan kita.
ada tempat kita utk berserah.
kepada siapa lagi, kalau bukan kepada YANG MAHA BERKUASA. YANG MAHA MENDENGAR. YANG PENGASIH DAN PENYAYANG.
kepada NYA lah kita berlindung dan berserah.
kepada NYA lah kita berpayung !
Comments : Leave a Comment »
Categories : truth
Hilang akal
24 07 2008Orang kata jenayah tidak mengenal rupa. Bila setan dah menguasai diri, akal tiada lagi dapat memainkan peranan untuk mengawal diri. Tidak mengira keturunan apa, di mana berada, tahap pelajaran mahupun status dalam masyarakat, ianya boleh berlaku pada sesiapa sahaja.
Samada jenayah pada orang lain atau kerosakan pada diri sendiri, bila nafsu dan syaitan menguasai diri, orang hilang pertimbangan. Lupa pada norma2 kemanusian yang sepatutnya menyanjungi kehidupan diri sendiri dan orang sekeliling, homat menghormati, kasih mengasihani dan saling tolong menolong.
Tapi tiada siapa yg tahu tekanan hidup yg di hadapi masing2.
Jika tiada tempat untuk mengadu. Tiada tempat meluah perasan, dunia menjadi sempit. Tiada jalan penyelesaian. Gelap masa depan. Maka keputusan mudah di ambil. Akhiri kehidupan dunia ini, muga tiada lagi masaalah ! Adakah akan selesai masalah dengan kematian ?
Hanya syaitan celaka tu saja yang telah berjaya sekali lagi menipu manusia.
Comments : 2 Comments »
Categories : truth
Keliru, celaru dan haru biru
23 07 2008Seorang yg tahu hala tuju, tidak akan keliru, apatah lagi celaru dalam membuat keputusan dalam seluk belok perjalanan hidup ini.
Apatah lagi dalam ketidaktentuan kehidupan yg penuh haru biru.
Pelbagai perkara buleh terjadi. Pelbagai kejutan buleh datang tiba2.
Melihat waktu yg berlalu, sesalan demi sesalan kadang2 timbul tentang tindakan dan perbuatan ketika itu. Bagaimana kalau berbuat begini, mungkin akan jadi begini, kalau buat begitu tentu berhasil begitu dan sebagainya.
Beruntunglah kita yg dapat menjadikan setiap masa yg berlalu sebagai pengajaran untuk masa depan supaya setiap langkah tidak lagi menjadi sesalan malah dapat di syukuri dan di kenang dengan tersenyum sendiri.
Comments : 2 Comments »
Categories : General
Kenapa asyik liwat aja ni ?
3 07 2008Semasa di Kuching, terdapat seorang staff yg….emmm..agak lain sikit cara menulis memo atau surat. Encik menjadi Incik… e menjadi i…mungkin dia menulis mengikut cara dia bercakap, ala 50an – 60an.
[Jika bahan di bawah kurang di fahami, cuba ditukar e menjadi i (vice-versa) di mana2 yg patut, mungkin memberi sedikit makna ]
……………………………..:~:……………………………….:~:……………………………….
Cerita lewat kembali menjadi tajuk berita di Malaya.
Mr A dituduh melewat buat kali kedua minggu lepas. Dan hari ini, Mr N pula disebutkan suka melewat.
Aduhhh.. apa nak jadi negaraku..ku…
———————————————————————-
Seorang kawan memberi msg di Gtalk,
Kunci : salam
me : salamz
Kunci : la ni terpaksalah kita ngaku jadi pinoy pulak…
me : pehal ? nak jadi kabayan ?
Kunci : …org malaysia melewat jer kerja ..hehe
abis satu dunia dah tau…huhu..
me : ooo, ingatkan apa ;ah tadi
Kunci : itu lah dia …malu semua org malaysia kat oversea..
———————————————————————–
Orang selalu liwat hari Isnin. Di panggil orang, Monday-Blues. Tidak puas di hujung minggu lah tu. Terbawa2 hingga ke hari Isnin. Tak tau lah apa yg tak puas tu. Tidak puas tidur kah atau tidak puas enjoy ! Tu yg selalu liwat hari Isnin tu. Oleh kerana dah biasa sangat, boss2 pun buat tak tau aje. Boss2 pun sama juga, ada juga yang kaki liwat.
Orang yg selalu liwat ni, memang suka liwat jalan belakang, supaya orang tidak perasan yg dia tu liwat. Kalau masuk liwat pintu depan, maka semua orang akan nampak, malulah.
Kalau pekerja selalu liwat, maka akan terganggu lah operasi syarikat atau organisasi. Banyak kerja tergendala. Jadi ramai orang tak suka pada orang yg selalu meliwatkan diri mereka ni. Menyusahkan orang lain saja. Susah nak menjawap jika di tanya boss.
Comments : 2 Comments »
Categories : HalEhwal Dalam Negeri




