h1

Jujurlah padaku

27, December 2011

Buktikanlah bila kau ada cinta
Setulus hatimu bisa menerima
Sebatas kejujuran yang kau miliki
Bukan sekedar bersama

h1

bersangka

26, December 2011

hidup ini ada rentetan

apa saja yang dibuat pasti ada kesan

sebebas kita memilih apa jua tindakan

tindakbalas nya hanya terpaksa di terima, tanpa dapat lagi di kawal sedikit jua.

jangan selalu bersangka-sangka

jika tidak pasti, bertanya lah

jika tidak, memanglah kita hanya memperlihatkan kebodohan diri sendiri.

—–

jadi sebelum menganggap yang orang itu hanya suka tidur di siang hari sambil menunggu nasi masak dan tidak mahu membantu di dapur, fikir-fikir kan lah, sebab-akibat sangkaan itu.

jika suka keharmonian di dalam rumah terganggu selepas kritikan-kritikan kecil semasa makan yang disangkal dengan tomahan yang orang itu tidak mahu menolong di dapur, teruskan lah kemarahan itu.

biarkan lah api marah terus membakar, biarkan ia memakan segala keikhlasan dan balasan yang menanti kerana menyediakan makan untuk keluarga.

tapi, nanti jangan sebut aku cinta kamu semasa berbasa-basi bila perpisahan, kerana itu sukar untuk di telan oleh benak fikiran ku.

 

 

 

h1

Hanya satu

23, August 2011

 

 

tiada lain mahu ku

di bulan rahmat ini

hanya ampunan Mu

atas segala dosa dan kelalaian

 

h1

Sg Lembing kehilangan …

8, August 2011

Sekitar hujung 70an, rombongan kami dari Lembah Kelang tiba di Sungai Lembing setelah mengharungi pelbagai peristiwa diperjalanan. Ada yang di tahan polis, ada yang kepanasan enjin dan ada juga yang sesat jalan. Tidak termasuk yang muntah2 sebab mabok didalam perjalanan merentasi banjaran titiwangsa yang terkenal dengan jalan2 bak sanggul mak-limah.

Kami dihidangkan dengan pemandangan yang sangat mesra alam. Sungai terbentang luas disebalik bukit dan gunung. Lombong bijih yang menjadi nadi Sg Lembing hampir2 tiba ke penghujung hayatnya. Teruja kami kerana perlu melintasi jambatan gantung untuk kerumah yang dituju. Sungai dibawah nampak seperti tidak berair dan punya tebing yg luas, malah terbentang seperti padang bola. Memang kemudian nya kami yg anak2 telah bermain bola disitu.

Antara yang unik ialah, tandas terapung. Tandas di letakkan bahan pelampung dibawahnya, dan ketika air sungai pasang, maka tandas yang disambungkan dengan titi terapung juga akan masih dapat digunakan.

Bekalan air pula diperolehi dari mata air dari bukit berhampiran yang disambungkan kerumah2 dengan batang buluh. Sudah tentu dingin yang amat sangat terutama diwaktu dini hari. Kami dibawa kemudiannya oleh pengantin baru naik ke tempat punca air dan air terjun berhampiran dengannya.

Ya, kami kesana, kerana urusan mendirikan masjid. Menyambungkan ikatan keluarga antara Sentul dan Sg Lembing.

Masih terbayang2 sambutan meriah Mak Wok sekeluarga.

Semalam, di Ramadhan yang mulia, Mak Wok menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Putrajaya setelah sekian lama dijaga oleh pasangan pengantin yang diraikan di Sg Lembing 34 tahun lalu. Jenazahnya dikebumikan selepas Asar supaya anak2 yang lain dari Johor dan Kuantan dapat bersama memberi penghormatan terakhir.

Semuga roh nya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 soleh.

h1

kabut

22, July 2011

bila nafsu menjadi pengendali

jalan hak diselaputi kabut

hilang arah

h1

kabur

22, July 2011

bila akal tidak lagi menjadi tuan

nafsu bermaharaja lela

tubuh lesu

h1

apa yang di hairankan?

5, June 2011

jika ahli politik lebih mementingkan soal politik, ghairah dan kemaruk mendapatkan kuasa ?

jika tidak begitu, apa barang jadi ahli politik, ya tak ?

———–

 

h1

bila dada berkocak ligat

1, June 2011

bila ikut

tiada yang lalu

semua jadi lesu

 

bila nanti

sudah besar jadi askar

warisi kesetiaan

menjaga keamanan

 

bila lalu

mengapa masa begitu cemburu

tidak sempat berburu

atau mencari kelkatu

 

bila masa

tersepuk ditangga

tiada di duga

 

bila bila

dada berkocak

seligat putaran roda

tiba noktah !

 

h1

pride and prejudice ?

24, May 2011

telah menjadi kebiasaan pula, bila saja ke kedai yang begitu happening-nya waktu bersarapan itu, pasti akan keluar komen2 mengenai pengunjung kedai.

minah tu pakaian pendek mcm apa lah… makcik tu  tak pakai tudong lah… orang tu begitu…orang ni begini… apa2 indah lagi lah..

memang sukar nak mengelak dari membuat ulasan selari, mengkritik setiap pelakuan didepan mata. seperti sedang menjadi juri rancangan realiti, banyak betul yang mahu di kritik !

hinggakan timbul pula reaksi spontan, kalau orang begini, patut di bantu, kalau orang begitu, tak patut dibantu.

aduhai ..waduh2 tijah,,, golo de eh….

jika tidak mahu menunjukkan akhlak sebagai seorang islam yang sentiasa bersedia membantu sesama manusia, jadi lah sebagai seorang orang yang ada belas ikhsan sesama manusia. lupakanlah apa pegangan atau pendirian orang, jika mereka perlu bantuan, bantu lah.

siapa lah kita yang mahu menghukum dengan menentukan siapa yang layak di bantu atau tidak ?

tidak pernah kah kita mendengar cerita perempuan tunasusila yang membantu memberi anjing minum ?

atau cerita perempuan islam yang mendera kucing ?

atau kisah Nabi Ibrahim (a.s.) dengan seorang Majusi ?

baca sajalah catatan waktu dingin pagi di Guest house – Gulshan, Dhaka. muga kita diberi paham dan dapat menundukkan sifat kebanggaan dan prasangka .

————————————-

Wednesday, October 27, 2004

rickshaw walla di suboh hari.

Pagi tadi aku dapati telah menunggu rickshaw di tepi guest-house. Aku yg selalu terlewat, kerana menyambut panggilan alam selepas sehri, menyuruh rickshaw-walla menghantar ke masjid. Jika berjalan, pastinya masbuk di rakaat kedua, atau lansung suboh sendirian.

Ini adalah kali ketiga aku naik rickshaw ke masjid. Bila sampai di masjid, aku selalu ajak rickshaw-walla masuk sambil mengisyaratkan takbir dan menyebut ‘namaz’. Dan seperti biasa diaorang hanya mengganguk dan memusing2kan kepala seperti yg biasa dibuat oleh orang2 sebelah sini.

Selepas suboh tadi, terserempak lagi dengan rickshaw walla yg sama. Mulanya aku rasa tak mau lagi naik rickshaw dia ni. Terdetik dalam hati, buat apa nak tolong dia ni, suboh entah sembahyang entah tidak ? Tetapi entah kenaper, kemudiannya aku berpaling dan memanggil kembali dia.

Dan sepanjang perjalanan ke guest-house, aku teringat kisah Nabi Ibrahim dengan seorang tua yg lebih kurang begini ceritanya. (Kalau silap tu, tolonglah betulkan ya…)

———————————————-<>———————————————–

Satu ketika Nabi Ibrahim mencari teman untuk makan kerana sudah menjadi sifatnya akan mencari teman untuk makan berjemaah. Lalu terjumpa ler Nabi Ibrahim dengan seorang tua dan diajaknya orang tua itu makan.

Nabi Ibrahim bertanya pada orang tua tersebut, “Apakah agama kamu ?”
Jawab orang tua tersebut, “Majusi”. Maka segera dihalau olehnya dan tidak diberi makan.

Perbuatan Nabi Allah ini segera ditegur yang mana Allah SWT telah berfirman pada Nabi Ibrahim bahawa selama 70 tahun aku memberi rezeki pada orang tua itu walaupun dia kufur pada ku tapi engkau wahai Nabi ku hanya sekali telah menghalau dia dari makan bersama mu.

Nabi Allah Ibrahim telah mencari orang tua tadi dan mengajak ia makan. Orang tua itu berasa heran lalu bertanya kenapa tetiba berubah? Maka berceritalah Nabi Allah Ibrahim akan teguran Allah padanya. Lalu orang tua tersebut apabila mendengar terus bertanya mengenai Islam dan memelukkinya didepan Nabi Ibrahim.

———————————————-<>———————————————–

so…kalau Nabi Ibrahim pun kena tegur, siapalah aku nak menghakimi orang lain ? dah lah sendiri banyak salah dan silap dengan tuhan dan manusia, masih pikir burok dan nak menentukan balasan untuk orang lain. sendrii mau ingat lah hai aku yg tak sedar diri……Astagfirullahhhhhh………….

h1

projek terkandas

3, May 2011

salah satu agenda yang bermain dipikiran ketika pulang hujung minggu yg panjang kali ini, ialah untuk menonton opera hidup di istana.

jika tidak mendapat tiket gratis spt ketika pak ramli ke istana, memang sudah dikira2 untuk meleburkan sedikit belanja untuk ke sana.

tapi acara tinggal acara. kesibukan bersama2 si kenit dan abang/kakaknya menyebabkan rencana meniti opera hidup tidak kesampaian.

namun ketika membaca nota soal peduli dan  impian cik pecinta alam untuk ke snowdon challege dengan agenda suci murni disebaliknya, tiba2 seperti dihantuk2 kepala ini yang selalu terhayal dengan asyik masyuk dunia yang entah apa-apa.

mungkin lebih baik peruntukan belanja untuk opera hidup itu ke situ juga kan ? muga2 diberkati !

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.